Sunday, September 14, 2014

Manfaat Teh untuk Kecantikkan



Selain enak dijadikan minuman untuk kesegaran, teh juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Mari semak apa kebaikannya:

Mengatasi mata yang penat
Caranya, rendamkan dua uncang teh di dalam air hangat dan sejukkan. Setelah sejuk, tempatkan uncang teh tersebut di sekitar mata selama 15minit. Tanin yang terdapat dalam teh boleh mengurangkan kemerahan dan bengkak padan mata.

Mengurangi sakit pada luka melecur
Sapukan uncang teh yang basah ke kawasan yang melecur dan anda dapat mengurangi rasa sakit dari luka tersebut.

Membantu menghilangkan parut
Parut dari luka terkena pisau atau melecur boleh diatasi dengan meletakkan uncang teh basah pada kawasan luka. Hal ini dapat mengurangi bekas luka atau parut pada kulit anda.

Sebagai ubat kumur
Teh boleh menjadi ubat kumur yang cukup efektif. Kumur mulut dengan teh beraroma seperti pudina atau teh lain yang dicampur dengan garam.