Friday, October 31, 2014

10 Tip Dapatkan Tidur Berkualiti

Tidur berkualiti membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan baik. Malah tubuh akan berasa lebih segar dan cergas kerana mendapat tidur mencukupi. Pun begitu, bagi sesetengah orang, amat sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Ikuti tip di bawah untuk mendapatkan tidur yang baik dan berkualiti:

*Mandi
*Hindari kafein
*Elakkan kegiatan berat sebelum tidur
*Olahraga di pagi hari
*Membaca buku
*Mendengar muzik
*Hindari tidur siang
*Menggunakan aromaterapi
*Atur pernafasan dengan baik
*Jauhi perasaan cemas

Wednesday, October 22, 2014

5 Perkara Orang Islam Patut Tahu Berkenaan Kesihatan

Assalamualaikum...

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Sunday, October 19, 2014

Produk Penjagaan Kulit Shaklee NutriWhite



Assalamualaikum...

Nutrien yang anda makan untuk kesihatan dalaman juga memainkan peranan penting dalam penampilan luaran anda. Justeru itu, seeloknya barang penjagaan kulit wajah dan rambut bukanlah dibeli daripada syarikat kosmetik tetapi dibeli daripada syarikat sama yang membekalkan nutrisi yang anda makan. Lihatlah bagaimana kesan kesihatan dalaman yang terpancar diwajah anda nanti.


Adakah anda mempunyai masalah kulit wajah kusam, tona kulit tak sekata, pigmentasi, anda terasa kulit anda gelap dari kulit asal atau masalah jeragat setebal kulit pisang? Ok hari ni saya nak share sikit mengenai produk kecantikan NutriWhite Shaklee.

Produk NutriWhite Shaklee ini adalah produk kecantikan yang sangat berkesan untuk mencerahkan kulit dan masalah-masalah yang saya nyatakan di atas. Jadi bagi yang mempunyai masalah jerawat atau masalah-masalah yang lain tidak sesuai menggunakan produk ini ya.

Bagi pendapat saya, tidak perlu membeli kesemua set NutriWhite ini. Cukuplah sekadar menggunakan 1 produk sahaja. Produk pilihan saya yang insyallah akan buat anda puas hati ialah Soothing Radiance Whithening Softener dan Overnight Renewal Whithening Cream

Bagi yang mempunyai masalah jeragat pula boleh cuba memakai Spot Whithening Treatment. Anda pasti puas hati setelah beberapa minggu memakai produk NutriWhite ini.


1. Gentle Action Makeup Remover

  -Gentle Action Makeup Remover, penanggal alat solek yang licin dan tidak berminyak. Lembut pada kulit.


2. Gentle Deep Foaming Cleanser

  -Pencuci yang lembut dan segar yang di formulasi khas untuk menyucikan kulit anda.


3. Soothing Radiance Whithening Softener

  -Soothing Radiance Whithening Softener dirumus khas untuk menenangkan kulit anda dan mengembalikan ia kepada keadaan pH asal serta kulit berasa lebih lembut dan cerah berseri.


4. Daily Defense Whitening Essence

  -Diperkaya dengan bahan-bahan herba yang mencerahkan kulit sambil menghidratkan dan melembutkan kulit anda.


5. Spot Whithening Treatment

  -NutriWhite Spot Whithening Treatment mencerahkan tompok-tompok jeragat akibat panahan matahari, untuk wajah lebih cerah sekata, bersinar dan berseri-seri.


6. Ultimate Protection Whithening Lotion

  -Daytime Whithening Lotion dengan SPF15 sangat ringan tetapi merupakan pelembab yang amat berkesan dan hebat. Gunakan pada waktu pagi sebelum memakai makeup.


7. Overnight Renewal Whithening Cream

  -Overnight Renewal Whitening Cream membelai kulit anda dengan nutrien yang diperkaya sumber semulajadi di saat anda tidur. Kulit yang kering akan kelihatan lebih lembut, cerah berseri pada keesokan paginya.


Kecantikan sempurna dari alam semulajadi, disempurnakan oleh Sains.

Dibangunkan oleh para saintis dan pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat, NutriWhite dengan teliti digabungkan dengan campuran nutrien yang dipilih daripada 16 buah Negara yang berlainan. Dicipta eksklusif untuk Shaklee, kombinasi nutrien unik dengan paten tertunda ini digelar WhiteN-16. Selain itu, formula botani ini diperkaya dengan vitamin C aktif serta derivatif akar manis, yang diproses lebih daripada satu langkah bagi menghasilkan kecerahan kulit, membantu melicinkan pemukaan raut wajah agar lebih segar dan bersinar. Dengan paten tertunda WhiteN-16, di mana setiap produk NutriWhite membantu dalam mencerahkan kulit kusam dan meratakan tona tidak sekata dengan LIMA cara berbeza.






Thursday, October 16, 2014

Alfalfa Complex Shaklee

Assalamualaikum...

Makanan Yang Berkhasiat

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat akar tunjangnya yang menganjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Kami hanya mengunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

•Sumber semulajadi dari alfalfa
•Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu

Antara kebaikan Alfalfa Shaklee:

1-Merawat gangguan pencernaan

2-Mengawal kolestrol dalam darah

3-Menghapus kolestrol buruk 'LDL'
dari tubuh

4-Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5-Bagus untuk penyakit diabetes kerana dapat mengurangkan paras gula dalam darah

6-Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7-Mengurangkan simptom menopous

8-Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9-Merawat masalah sembelit

10-Menyah toksik dalam tubuh

11-Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12-Meningkatkn sistem pertahanan tubuh

13-Membantu masalah penghadaman

14-Membantu memperbanyakkan susu ibu

15-Mengurangkan masalah pundi kencing

16-Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17-Meningkatkan kesihatan prostat

18-Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19-Menghangatkan hubungan suami isteri

20-Membantu meningkatkan kesihatan lelaki

Alfalfa (Meticago sativa). Sumber semulajadi, vitamin dan mineral surih. Terdapat di dalam Alfalfa Complex.