Sunday, November 30, 2014

Obesiti: Ubah Gaya Hidup Anda


Masa makan yang tidak tetap, mengunyah dengan cepat ketika makan, pengambilan makanan secara berlebihan dan suka mengambil makanan ringan ketika menonyon televisyen boleh mengundang kegemukan.



Obesity merupakan musuh utama bagi semua orang. Secara amnya, obesity merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang dan menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya di seluruh dunia.

Antara penyakit berbahaya yang berpunca daripada obesity adalah penyakit kardiovaskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi (hipertensi), kencing manis (diabetes mellitus) dan sebagainya. Selain menjejaskan kesihatan fizikal, penampilan luaran yang gemuk turut menyumbang rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan amalan hidup yang mengabaikan kesihatan merupakan punca utama yang menyumbang kepada obesity.

Penambahan Berat Badan

Penambahan berat badan biasanya dikaitkan dengan memakan terlalu banyak Kkalori dan gaya hidup yang kuramg aktif. Untuk mengekalkan berat badan yang sihat atau untuk mencapai matlamat penyusutan berat badan, adalah penting untuk mencuba membuat perubahan membuat perubahan secara sederhana kepada kedua-dua belah persamaan tenaga: input tenaga (Kkalori makanan) dan output tenaga (Kkalori yang digunkan untuk BMR dan aktiviti fizikal). Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita dan dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik.

Punca Obesity

a)      Genetik dan Keturunan

Masalah obesity berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesity.

b)     Persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi factor obesity.

c)      Gaya hidup

Masa makanan yang tidak tetap dan mengunyah dengan cepat ketika makan serta pengambilan makanan secara berlebihan. Suka mengambil makanan ringan semasa menonton televisyen atau wayang.

d)     Sebab psikologi

 Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesity. Ini juga benar bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kemurungan.

e)      Masalah metabolisma

Penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menyebabkan obesity. Diantara masalah metabolisme adalah hormone tiroid, berlebihan hormone kortisol dan sekarang ini kekurangan horon leptin.

f)       Kurang bersenam

Senaman boleh meningkatkan kadar metabolism asas (BMR) untuk mengelakkan kegemukan (obesity), menggalakkan pembakaran lemak badan serta meningkatkan penggunaan kalori, meningkatkan metabolism badan serta memudahkan pembuangan toksin, mencegah penyakit kronik dengan mempertingkatkan fungsi jantung dan sistem respiratori.

Untuk mengekalkan berat badan yang ideal, antara prinsip yang harus dititikberatkan adalah pengambilan makanan yang berkalori rendah, nutrient seimbang dan senaman yang mencukupi.

-Milenia Muslim: Mac 2011-


Saturday, November 29, 2014

Manfaat OmegaGuard™

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Mambantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung*

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan multamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 sepert EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

OmegaGuard™ mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak.* Satu hidangan OmegaGuard™ menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

**Para saintis berjaya membuktikan bahawa ikan merupakan sumber makanan yang penting dalam gizi makanan, kerana zat-zat serta nutrient yang terkandung di dalamnya amat penting untuk keperluan badan serta boleh mencegah pelbagai penyakit. Sebenarnya al-Quran terlebih dahulu menceritakan tentang khasiat ikan sebelum itu lagi…

Khasiat lain Ikan ialah:

1.      Asid Lemak Omega-3

Para saintis berjaya menemui satu bahan yang amat penting untuk kesihatan badan kita iaitu asid lemak omega-3. Ikan sememangnya diakui mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung dan pembuluh darah) dengan menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol dalam darah. Asid lemak omega-3 juga berfungsi untuk menghasilkan sel-sel darah merah yang sangat penting untuk badan kita yang berfungsi mengangkut oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel-sel badan. Oleh sebab omega-3 tidak dihasilkan oleh badan, maka ia perlu diperoleh daripada pemakanan.

2.      Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Dalam satu kajian oleh Persatuan Perubatan Amerika, didapati wanita-wanita yang makan sekurang-kurangnya lima ekor ikan seminggu jarang mendapat serangan penyakit jantung. Jumlah mereka yang diserang jantung hanya 1/3 daripada kebanyakan wanita.

Mereka membuat kesimpulan, hal ini disebabkan kesan daripada omega-3 yang terkandung di dalam ikan. Omega-3 ini menghalang darah daripada menjadi mudah beku dan berkelodak. Kelajuan normal pengaliran darah di dalam vena ialah 60 km/j. maka amat penting untuk darah mengalir dengan kepekatan, jumlah dan kelajuan pada kadar yang normal.

Amat membahayakan jika keseimbangan pengaliran darah ini terjejas kerana ia akan mengakibatkan darah cepat membeku dan membentuk kelodak di dalam salur darah. Darah beku akan mengakibatkan penyempitan pembulu-pembuluh darah dan mengakibatkan kegagalan organ-organ serangan jantung, stroke (angin ahmar) dan juga penyakit kardiovaskular yang lain.

3.      Manfaat bayi

Bahan penting bagi seseorang ialah otak dan mata. Oleh sebab itu, sejak bayi lagi mereka perlu dipastikan bahawa otak dan matanya sempurna sejak awal. Omega-3 telah dikaji dengan mendalam sejal 10 tahun lepas menegnai keperluan untuk bayi di dalam kandungan. Keputusan kajian menunjukkan ada kaitan antara kepentingan omega-3 dengan perkembangan janin di dalam rahim ibu dan juga bayi yang baru dilahirkan.

Maka, omega-3 akan mempengaruhi kecerdasan fikiran kita serta kesihatan tubuh bayi-bayi tersebut. Saintis amat menekankan kepentingan susu ibu kerana susu ibu mengandungi omega-3 lebih-lebih lagi jika ibu itu kerap makan ikan.

4.      Manfaat untuk Sendi Tulang

Penyakit sendi yang kronik seperti rheumatoid arthritis (penyakit radang sendi yang mengakibatkan sakit sendi yang amat sangat) akan mengakibatkan sendi makin rosak dari hari ke hari dan sukar disembuhkan. Beberapa kajian membuktikan makanan yang mengandungi asid lemak 0mega-3 boleh mengurangkan derita penyakit sendi bahkan mampu mencegahnya. Ini terbukti apabila ubat-ubatan untuk penyakit sendi banyak dicipta daripada sumber-sumber laut. Salah satunya ialah glucosamine sulphate yang secara meluas dipasarkan di seluruh dunia.

5.      Manfaat untuk Mental

Tidak boleh disangkal lagi, ikan berkesan untuk perkembangan otak dan urat saraf. Manakala minyak ikan pula mampu mengurangkan gejala-gejala penyakit depression (kemurungan) dan schizophrenia sekali gus mencegah penyakit Alzheimer’s (nyanyuk). Contohnya, sejumlah pesakit mental yang mempunyai gejala depression diberi 1 gram asid lemak omega-3 untuk tempoh 12 minggu. Gejala-gejala depression yang mereka hadapi berkurangan setelah diberi omega-3 tersebut.

6.      Manfaat-manfaat lain

Jika kita perhatikan masyarakat Eskimos di Greenland dan juga masyarakat Jepun kita boleh dapati bahawa mereka jarang diserang penyakit jantung dan pembuluh darah, lelah dan psoriasis (sejenis penyakit kulit). Kajian mendapati bahawa mereka mengambil ikan dalam jumlah yang banyak. Selain itu daging ikan juga membantu pembentukan gigi dan gusi yang baik, membuatkan rambut lebih segar dan menguatkan sistem pertahanan badan.

Manfaat lain dapat dikesan ialah:

-          Mengurangkan gejala-gejala penyakit migraine (sakit kepala)

-          Mengurangkan risiko penyakit lupus (penyakit kulit dan sendi), ulcerative colitis (ulser dalam usus besar) dan juga kencing manis.

-          Mengurangkan gejala penyakit usus berdarah

-          Memperlahankan penyakit osteoporosis (tulang ringan dan reput) bagi golongan tua.


**-Solusi: Manfaat Lahman Tariyya-




Friday, November 28, 2014

Susu Ibu VS Nutrien Lain




Darah Merah Menjadi Susu Putih

Para saintis telah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan satu formula nutrisi yang menyamai susu ibu, namun sehingga kini masih belum berjaya. Ini kerana ibu menghasilkan susu yang tidak sama antara satu sama lain kerana antibody, hormone, vitamin-vitamin dan garam mineral di dalam setiap susu ibu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada keperluan bayi tersebut.

Ajaib

Sungguh ajaib jika difikirkan tentang proses pembentukan susu. Tiada kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi canggih yang boleh memproses darah merah serta za-zat makanan menjadi susu putih. Inilah kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Yang Maha Mencipta. Daripada darah merah yang mengalir dalam pembuluh-pembuluh darah ibu bercampur dengan zat-zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amat kecil berupa kelenjar-kelenjar di payudara ibu, seterusnya berupaya menghasilkan satu nutrisi yang begitu hebat sekali.

Perbezaan Susu Ibu dengan Nutrien Lain

Susu lembu biasanya digunakan sebagai tambahan atau ganti kepada susu ibu. Apabila kita membandingkannya dengan susu ibu, kita akan mengetahui kelebihan susu ibu secara jelas. Berikut merupakan kelebihan susu ibu berbanding susu lembu:

1.      Antibodi

Susu ibu merupakan satu-satunya makanan yang mengandungi antibodi. Antibodi yang mengalir dalam susu ibu kepada bayi, menyediakan bayi dalam keadaan maksimum untuk melawan penyakit dan bakteria. Antibodi-antibodi ini terdapat dalam jumlah yang sangat banyak di dalam susu ibu terutamanya di dalam kolostrum yang dihasilkan selepas beberapa hari pertama kelahiran. Perlindungan yang diberikan oleh antibodi sangat penting kerana jangkitan yang sedikit sahaja boleh menyebabkan kesan yang sangat serius kerana antibodi bayi snediri masih belum mampu untuk melawan kuman-kuman yang berbahaya. Manfaat yang diterima bayi akan makin terserlah dari hari ke hari.   

2.      Kasein

Dalam susu lembu terdapat kandungan bahan yang disebut sebagai kesein yang tinggi. Kasein merupakan bahan yang dijumpai di dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan menyukarkan proses penghadaman. Ini adalah sebab kenapa susu lembu susah untuk dihadam menyebabkan ketidakselesaaan kepada bayi kerana kembung perut dan sebagainya.

3.      Kandungan Gula

Kandungan gula di dalam susu ibu juga berbeza-beza berbanding susu lembu meskipun kedua-duanya mengandungi jenis gula yang sama iaitu gula laktosa. Namun, susu ibu mengandungi gula yang jauh lebih tinggi berbanding susu lembu, iaitu sebanyak 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting kerana badan bayi yang kecil hanya mempunyai simpanan gula yang sedikir sahaja.

4.      Garam Mineral

Kandungan garam mineral juga berbeza antara kedua-dua susu tersebut. Susu lembu mengandungi kalsium dan fosforus yang tinggi, namun nisbahnya tidak stabil menyebabkan ia susah untuk dicerna dengan baik. Manakala kandungan fosforus yang tinggi boleh menghalang penyerapan kalsium dengan baik. Maka, jika bayi diberi susu lembu tanpa diberi susu ibu sebaik sahaja dilahirkan, mereka terdedah kepada risiki-risiko yang besar kerana kekurangan kalsium.

5.      Zat Besi

Susu ibu juga mengandungi zat besi yang tinggi, iaitu sebanyak 50%. Oleh kerana susu lembu mengandungi zat besi yang rendah, maka bayi akan lebih mudah menghidap penyakit anemia (kekurangan darah).

Manfaat tentang penyusuan selamadua tahun ini telah pun dinyatakan oleh al-Quran sejak 14 abad yang lepas. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua orang ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada-Kulah kamu kembali.” (Surah Luqman 31: 14)


-Solusi: Susu Makanan Pertama Di Dunia  (Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib)-

Tuesday, November 25, 2014

GOUT DARI SUDUT PERUBATAN MODEN



Gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan lelaki. Bagaimanapun, perempuan yang sudah putus haid ataupun menopaus juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar lelaki.

Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Tanda-tanda menghidapi gout:

1.      Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.

2.      Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.

3.      Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.

4.      Genetic dari keluarga.

Empat Peringkat Gout

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada symptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, symptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang di panggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan benjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan singkirkan daripada badan melalui air kencing. Ada kalanya badan menghasilkan terlalu banyak Kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan Kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Faktor Risiko

1.      Jantina – Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

2.      Gaya hidup – Individu yang banyak meminum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

3.      Obesity – terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

4.      Genatik – kajian mendapati satu daripada empat pesakit dating daripada keluarga yang ada masalah gout.

5.      Umur – biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba-tiba dan tanpa mempunyai sebab ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi ketara pada tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka menggigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu hinnga dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerap kali pada bahagian sendi yang akan merosakkan sendi serta fungsinya.


-Milenia Muslim: Mac 2011-

Monday, November 24, 2014

Masalah Jaundis

sumber: google

Bayi yang baru lahir berisiko menghidap jaundis atau dikenali sebagai penyakit kuning, samada bersifat fisiologi atau patologi. Kira-kira 50 peratus hingga 70 peratus bayi akan mengalami jaundis dalam minggu pertama selepas dilahirkan.

Jaundis fisiologi bermula selepas 48 jam bayi dilahirkan dan akan beransur sembuh dalam dia minggu pertama serta tidak berbahaya. Manakala jaundis patologi bermula dalam masa 48 jam selepas dilahirkan dan berbahaya kerana pemecahan sel-sel darah merah berlaku secara berlebihan.

Jaundi dalam Perubatan Tradisional

Ibu kepda bayi baru lahir yang menghidapi jaundis, sering dinasihatkan doctor agar tidak mengambil sebarang jenis jamu kerana amalan ini dikatakan antara punca bayi mengalami jaundis.

Namun bagi dalam perubatan tradisional pula, pengambilan jamu untuk tujuan kecantikan, perlangsingan atau kesihatan tubuh badan, boleh diambil sekurang-kurangnya 14 hari selepas bersalin.

Manakala penggunaan herba seperti daun inai dan dukung anak sering digunakan sebagai amalan tradisional untuk merawat bayi yang mengalami jaundis. Malah seluruh bahagian dukung anak mempunyai nilai perubatan sebagai penghilang dahaga, merawat bronchitis, kusta, anemia dan asma. Manakala akar dukung anak yang masih segar merupakan penawar kepada penyakit kuning bayi baru lahir.

Fakta tentang punca jaundis terbahagi dua iaitu:

1.      Jaundis Fisiologi

Jaundis jenis ini sering berlaku pada bayi dan tidak berbahaya jaundis ini kebiasaannya bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada minggu pertama. Jaundis fisiologi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang yang menyebabkan badan bayi tidak dapat menyingkirkan bahan bilirubin.

2.      Jaundis Patologi

Jaundis ini bermula dalam tempoh dua hari pertama selepas lahir dan boleh menjadi berbahaya. Jaundis patologi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah secara berlebihan berpunca dari:

-          Ketidakserasian darah anatara ibu dan bayi (keadaan ini berlaku jika ibu mempunyai darah O dan bayi darah A, B ata AB atau ibu mempunyai darah Rhesus negative).

-          Kekurangan enzim G6PD – sel-sel darah merah menjadi tidak stabil apabila didedahkan kepada makanan dan ubat-ubatan serta bahan-bahan tertentu. Namu begitu, darah bayi akan diperiksa untuk kehadiran enzim ini sejurus selepas dilahirkan.

-          Jangkitan kuman pada bayi.

-          Pengumpulan darah di dalam tisu-tisu badan seperti lebam pada badan akibat proses kelahiran yang sukar.

Masalah Jaundis Berpanjangan

Jaundis akan berpanjangan apabila keadaan kekuningan pada bayi berlanjutan sehingga 14 hari bagi bayi yang lahir cukup bulan atau 21 hari bagi bayi yang lahir pramatang. Ini disebabkan oleh:

1.      Aliran hempedu yang tersekat daripada hati ke usus kerana keadaan kongenital ‘biliary atresia’. Ini akan menyebabkan najis bayi akan menjadi pucat dan kencing bewarna pekat.

2.      Kekurangan hormone tiroid. Kes ini jarang berlaku, iaitu anggaran 1 dalam 4000 kelahiran. Proram saringan kebangsaan akan memastikan bahawa semua bayi baru lahir akan melalui pemeriksaan penyaringan darah tali pusat untuk mengetahui penyakit ini.

3.      Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak menbahayakan bayi selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.

4.      Jangkitan kuman pada air kencing. Doctor akan melakukan pemeriksaan lebih lanjut kerana keadaan ini boleh menjadi tanda awal sistem buah ginjal bayi bermasalah.

Tanda-tanda Bahaya Jaundis

1.      Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.

2.      Peningkatan kekuningan yang cepat.

3.      Bayi mengalami kekurangan enzim G6PD (G6PD enzyme deficiency).

4.      Anak terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.

5.      Bayi kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.

6.      Najis bayi kelihatan pucat atau kencing kelihatan pekat (warna the O).


-Aniqah: Bilirubin Punca Jaundis-

Friday, November 21, 2014

Masalah Ibu Kekurangan Susu



Salah satu sebab yang kerap diberi oleh Si ibu apabila ditanya mengapa dia memberhentikan penyususan adalah “tidak cukup” susu. Si ibu membuat tanggapan bahawa bekalan susunya tidak cukup. Sama ada tanggapan ini betul atau tidak, bekalan susu yang kurang boleh dirawat.

Antara makanan yang menambah penghasilan susu ibu:

1.      Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal termasuk kacang merah yang direbus tanpa gula. Minum air dan kacangnya sekali.
2.      Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu termasuk brokoli, lobak merah, lobak putih, saderi, kubis, sawi putih, peria, kacang panjang, daun kucai, kacang buncis, jagung muda, pucuk manis dimasak lemak, digoreng atau dimasak sup.
3.      Ulam-ulaman seperti pegaga yang dijadikan ulam atau jus, jantung pisang yang direbus, pucuk meranti yang dimasak lemak putih, tumis air atau goreng.
4.      Oat- dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
5.      Madu- gunakan sebagai pemanis minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat.
6.      Daun rasberi merah – suplemen dari farmasi.
7.      Barli – air atau bubur barli.
8.      Minuman termasuk horlicks, air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe, susu, produk tenusu dan the hijau Jepun.
9.      Makanan yang mengandung yis seperti roti, donat, tapai pulut dan sebagainya.
10.  Bawang putih mengandungi banyak sulphur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
11.  Jambu batu – dimakan begitu sahaja.

Terdapat banyak petua moden dan tradisional untuk ibu-ibu yang menyusu susu badan. Antaranya:

1.      Pengambilan lebih makanan berprotein amat penting untuk proses penghasilan susu ibu.
2.      Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil tiga atau empat hidangan sehari.
3.      Berurut
4.      Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
5.      Makan nasi panas dengan halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
6.      Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan tiga keping asam keeping.
7.      Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu dua hingga tiga kali sehari.
8.      Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum dua kali sehari.
9.      Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

-Aniqah: Tip penyususan susu badan-

Menambah Penghasilan Susu Ibu dengan Shaklee


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Alfalfa

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat Akar tunjangnya yang menganjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa Complex merupakan suatu formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Ia menggunkan alfalfa terbaik yang tumbuh di Carlifornia yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai surih dan vitamin.

ESP (Soy Protein Isolate Powder)

ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat membekalkan tenaga berjam-jam lamanya dan juga dapat membantu menambah kuantiti susu ibu. Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.


Tuesday, November 18, 2014

Khasiat Kurma dalam Perubatan



Daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau memimpin Kota Madinah bahawa Sa’ad berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“sesiapa yang makan tujuh biji kurma ‘Ajwah yang tumbuh di kawasan Kota Madinah pada pagi hari, siangnya dia tidak akan terkena bahaya apa pun hingga petang.” (Riwayat Ahmad)

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa tamar yang ada supaya menepati hadis Rasulullah s.a.w.:

“Daripada Amir bin Sa’ad daripada ayahnya berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: ‘Sesiapa yang setiap pagi memakan tujuh biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun dan sihir.” (Riwayat al-Bukhari)

Mengikut hasil kajian sains, khasiat terbukti:

1.      Memanaskan badan

2.      Mencergaskan tubuh

3.      Membantu tumbesaran kanak-kanak

4.      Melancarkan perjalanan darah

5.      Menghindari barah

6.      Mencuci hati

7.      Membantu mengurang pengaliran darah semasa kelahiran

Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.

Jus kurma juga berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita 
sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung dari segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, khasiat jus kurma antara lain:

1.      Menolong mencengkam Rahim sewaktu kelahiran
2.      Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
3.      Membantu memudahkan proses kelahiran bayi
4.      Zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi yang diperlukan bagi membentuk susu ibu.

Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakan buah kurma boleh menggalakkan pertambahan susu.

Kurma berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.
Kajian juga membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

Firman Allah kepada Maryam, ibu Nabi Isa, supaya memakan kurma, ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin:

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.” (Surah Maryam 19:25)


-Solusi: Rahsia Kurma-

Monday, November 17, 2014

Tip Penyusuan Susu Badan


Susu ibu merupakan makanan semulajadi yang mengandungi khasiat sesuai dengan keperluan bayi. Susu ibu juga mudah dicerna oleh bayi serta mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan terutama pada awal kelahirannya.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Ia bukan sahaja mempunyai banyak khasiat, malah mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan bayi. Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting kea rah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat dan cergas. Banyak kajian dilakukan di merata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperoleh daripada susu formula.

Jadi kita tidak seharusnya mensia-siakan kurniaan Allah SWT ini. Kaum ibu sememangnya digalakkan untuk menyusui anak mereka dengan susu ibu sahaja selama enam bulan dan meneruskan menyususan sehingga dua tahun. Dalam tempoh ini, bayi tidak perlu diberi air masak atau makanan tambahan. Makanan tambahan atau pelengkap hanya boleh dmulakan selepas bayi berusia enam bulan. Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini banyak disebut dalam surah-surah al-Quran.

Menyusu dengan Selesa

Pastikan kedudukan anda dan bayi dalam keaadaan selesa. Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan meresahkan bayi.
Bayi yang baru lahir menyusu 12 kali sehari. Ibu perlu menyusui bayi mengikut keseleseaan dan bagi setiap penyusuan efektif, Si ibu harus:
1.      memegang bayi dalam posisi yang selesa tanpa menegangan bahagian belakang, bahu lengan atau tangan.
2.      Penggunaan bantal dapat membantu meninggikan kedudukan bayi agar lengan ibu tidak menjadi lenguh. Jika saiz payu dara ibu agak besar, gunakan kain lampin yang telah digulung untuk disendalkan di bawah payu dara sebagai sokongan. Kain lampin gulung yang diletakkan di bawah lengan atau tangan juga dapat menyokong kepala bayi dan mengelakkan ketegangan otot lengan.
3.      Sentuh bibir bayi dengan hujung puting perlahan-lahan sehingga dia membuka mulutnya. Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian bewarna coklat).
4.      Apabila ibu berada dalam keaadaan selesa, kekalkan kedudukan di mana mulut bayi akan merangkumi keseluruhan putting. Bibir atan dan bawah bayi tergulung sedikit terkeluar manakala dagunya mencecah payudara.
5.      Ibu mungkin merasakan satu sensasi tegangan lembut pada putting dan aerola semasa menyusu. Jika penyusuan dilakukan dengan betul, ibu akan merasa selesa namun jika mengalami kesakitan, berhenti menyusu dan mula semua dengan posisi yang betul.
6.      Lihat pergerakan mulut, leher dan dahi bayi. Apabila bayi menyusu dengan baik, ibu dapat melihat pergerakan mulut serta pergerakan dahi dan leher bayi semasa dia menelan susu.
7.      Ibu mungkin boleh mendengar bunyi susu ditelan. Ada ketika bayi menghisap dengan pantas pada permulaan susuan dan berhenti seketika sebelum menyambung menghisap semula.
8.      Selepas menyusu, masukkan jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.
9.      Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Pastikan anda menyediakan tuala kerana bayi muungkin termuntah susu. Jika bayi tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
10.  Letakkan bayi di bahu anda.
11.  Gosokkan atau tepuk belakang badannya perlahan-lahan.

Tanda Penyusuan Berjaya

1.      Bayi yang lapar akan menghisap dengan pantas pada awal penyususan. Apabila penyususan diteruskan untuk beberapa minit, bayi menjadi lebih selesa dan akan menghisap dengan lebih perlahan.
2.      Semasa menyusu, bayi mungkin tertidur. Ini menunjukkan bayi sidah kenyang.
3.      Bayi yang mendapat susu mencukupi tidak banyak merengek.
4.      Selepas hari ketiga, bayi yang mendapat susu mencukupi mampu menghasilkan enam lampin basah dan dua lampin kotor setiap sehari. Jika bilangan lampin yang ditukar kurang, dapatkan bantuan doctor pakar kanak-kanak atau kaunselor Laktasi.

Tangani Bayi Mengantuk

Jika bayi sedang tidur dan ibu ingin mengejutkan bayi untuk menyusu, cuba teknik-teknik ini:
1.      Tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
2.      Dakap bayi dengan sentuhan kulit ke kulit.
3.      Urut bayi dengan pergerakan lembut jari-jari tangan dan kaki ke dada.
4.      Usap tangan dan kaki bayi.
5.      Sentuh dan usap belakang badan bayi dengan jari-jari anda.
6.      Gunakan jari yang bersih untuk menyentuh pipi bibir dan mulut bayi.
7.      Geletek dagu bayi.
8.      Bercakap dan menyanyi pada bayi dengan nada suara yang normal.
9.      Salin lampinnya.
10.  Sapukan muka bayi dengan tuala pelembab.
11.  Gerakkan bayi perlahan-lahan.


-Aniqah: Tip peyususan susu badan-

Sunday, November 16, 2014

Set Cadangan Kesuburan Shaklee

Anak atau zuriat, adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Tapi bila sudah beberapa tahun kahwin, Allah duga masih belum diberi zuriat. Masih ada jalan. Bukan 'dead end' atau jalan mati. Set Kesuburan Shaklee ialah salah satu ikhtiar untuk anda.

Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
•Set ini memperbaiki kebolehan seksual 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan.
•Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
•Meningkatkan kesihatan sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
•Meningkatkan kiraan sperma.
•Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
•Meningkatkan motiliti sperma dan menghalang sperma dari bergumpal.
•Mebambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
•Mehangatkan hubungan suami isteri.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Kehamilan?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membuang cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kurangkan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan suplemen-suplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic. Tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiao rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"
Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu meningkatkan kesuburan.

• Vita-Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi oleh kerana gaya hidup yang sibuk dan pemakanan yang tidak sihat. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

• B Complex
Suami: B Complex penting untuk memberi tenaga dan ia juga bersifat anti stress.
Isteri: Kandungan asid folik di dalam vitamin B Complex membantu hamil dan membantu untuk mengelakkan risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).

• Vita C
Memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi untuk menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi mengelakkan lelaki dari masalah mati pucuk.

• Alfalfa
Vitamin ini penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss-V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.

• Vita E
Vita E sangat membantu bagi meningkatkan kualiti sperma. Juga meningkatkan kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.

• GLA Complex
Vitamin bagi isteri untuk menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan mengurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst.

• Zinc Complex
Vitamin ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti dan jumlah bilangan sperma. Juga menambah kepekatan dan kualiti sperma. Bertindak merangsang pembentukan hormon testosterone.
Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee insyaallah akan membantu suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Jangan pernah berhenti berdoa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki yang memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tidak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Zuriat juga adalah rezeki. Allah telah menetapkan rezeki setiap hambanya. 

Insyaallah...

Usah tangguh lagi, bertindak sekarang. Mana tahu usaha dengan Shaklee akan membuahkan hasil.

Saturday, November 15, 2014

Tangani Stres Cara Islam



Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran dan syariat islam. Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi stress dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentisa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Antara cara menangani stress adalah dengan mendirikan solat-solat sunat. Insya-Allah seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran. Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah:153)

Malah amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa. Mengamal, mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran juga mampu mengubati stres. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya. “al-Quran dalah penawar kepada kesakitan minda” (riwayat Bukhari).


Membaca al-Quran memberikan ketenangan bukan sahaja kepada pembaca malah sesiapa yang mendengar bacaannya. Selain itu hendaklah sentiasa berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan dalam menangani stress untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan Tuhan Kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (al-Ghaafir: 60)

Friday, November 14, 2014

Manfaat Ikan dalam Kesihatan



Assalamualaikum…

Hari ini saya tertarik untuk berkongsi mengenai manfaat ikan dalam kesihatan. Memandangkan ramai yang masih tak tahu atau maybe tak pernah nak ambil tahu mengenai khasiat yang terdapat dalam ikan. Actually memakan satu atau dua hidangan ikan setiap minggu boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung. Itu adalah satu kenyataan yang tidak boleh dipandang remeh. Sama ada anda ingin mengelak daripada penyakit jantung atau sudah menghidapinya dan inginkan kesihatan yang lebih baik, memakan ikan memang mempunyai banyak manfaat.

Sukar bernafas, sakit dada, tekanan darah tinggi, denyutan jantung yang cepat dan pening adalah symptom masalah jantung. Penganbilan minyak ikan didapati bermanfaat dalam merendahkan paras kolesterol berbahaya.

Amalan memakan ikan memberi banyak manfaat. Antaranya:

Ibu hamil dan bayi

Pakar pemakanan menyarankan golongan ibu hamil agar mengambil lebih banyak ikan untuk pertumbuhan janin mereka. Satu kajian menunjukkan lebih 11,000 wanita yang hamil selama 32 minggu telah mengalami pertumbuhan janin yang lebih kecil dan tidak sihat akibat kekurangan mengambil makanan berasakan ikan.

Kajian Dr Imogen Rogers dari Universiti Bristol juga turut mengakui pengambilan ikan akan meningkatkan pertumbuhan janin kerana kandungan omega-3 yang terdapat di dalamnya. Omega-3 yang terdapat di dalam ikan adalah lebih tinggi berbanding dengan sumber makanan lain.

Sendi sihat

Kes artritis (sakit sendi) dikalangan masyarakat Eskimo dan rakyat Jepun jauh lebih rendah berbanding Negara lain. Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak ika kod oleh pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs)

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah-masalah berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.

Osteoartritis

Osteoartritis adalah penyakit sendi degenerative yang boleh mnyerang semua orang. Peyakit ini adalah hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi. Ia biasanya membabaitkan orang tua, namun ada juga orang muda yang menderita penyakit ini. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan seperti kaki iaitu lutut dan buku lali.

Artrutis rheumatoid

Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan. Artritis rheumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakkannya membabitkan kumpulan usia antara 25-40 tahun.

Bagi sesetengah orang, artritis rheumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat, merebak dari satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.

Kepentingan Omega-3

-          Perkembangan otak
-          Pertumbuhan sel
-          Meningkatkan pertumuhan janin
-          Mengurangkan kompilasi penyakit diabetes
-          Mengawal gula dalam darah
-          Mengurangkan risiko penyakit jantung kerana tidak berlakunya pengumpulan kolesterol di dalam pembuluh darah.
-          Mengurangkan risiko penyakit strok kerana tidak berlakunya pengumpulan bintik-bintik darah pada dinding pembuluh darah.
-          Mengurangkan risiko darah tinggi
-          Mencegah penyakit inflamasi seperti penyakit kulit, asma, reumatik, dermatitis dan psoriasis.
-          Mencegah penyakit buah pinggang
-          Membantu menyembuhkan penyakit depresi, skizofrenia
-          Mengurangkan gejala hiperaktif anak.