Saturday, January 31, 2015

Oh Mataku Rabun!: Rimas Pakai Kacamata? Jom Terangkan Mata Anda Secara Semulajadi.

Kadang kala pemakaian kacamata agak merimaskan. Tetapi apa boleh buat, ia sudah menjadi satu kebergantungan kerana mata mengalami masalah rabun. Semuanya gara-gara gaya hidup masa kini.


Rutin menghadap komputer atau menjalankan tugas yang memerlukan tumpuan yang tinggi memberi kesan pada keupayaan mata melihat dengan jelas. Ditambah pula dengan kesebukan dan kekurangan mineral untuk tubuh, keadaan ini memaksa segelintir daripada kita di luar sana juga punya masalah yang sama.

Untuk mengatasi masalah mata rabun dan mengelakkan ianya berlarutan, pengambilan makanan berkhasiat adalah antara penyelesaian yang terbaik. Sayur dan buah-buahan yang kaya dengan serat dan vitamin A amat sesuai dijadikan penawar untuk mendapatkan mata yang sihat. Malah ibarat satu bonus, ia juga bermanfaat memberi perlindungan pada tubuh kesan kehadiran antioksidan yang tinggi.

Kenyataan ini bukan hanya omongan kosong. Para saintis telah membuat kajian bertahun-tahun lamanya berhubung kebaikan sayuran dan buah-buahan berjaya mengesan kehadiran fitonutrien. Lebih hebat, oenemuan ini telah berjaya membongkoar rahsia kehebatannya yang juga bergelar karotenoid sebagai antioksidan yang paling mujarab mencegah pelbagai penyakit.


Fungsi karotenoid yang juga hadir dalam pelbagai jenis secara mendalam, ia boleh mengekalkan kesihatan mata, prostat, serviks, paru-paru dan jantung dalam jangka masa panjang. Antara karotenoid yang hebat itu adalah seperti berikut:

Astaxanthin

-          Didapati di dalam mikro alga dan fitoplankton ia turut digelar ‘Raja Karotenoid’ kerana khasiat kesihatannya yang luar biasa. Mempunyai daya mengesan radikal bebas yang tinggi dan dapat mengekalkan tahap kesihatan kolesterol, Astaxanthin juga bertindak sebagai perisai UVB dan UVA. Jadi, tidak mustahil ia juga cukup hebat menjadikan kulit lebih muda berseri.

Likopena

-          Merupakan pigmen merah yang terdapat dalam tomato, strawberi dan tembikai, ia membantu untuk mengekalkan kesihatan prostat, serviks dan sistem pembiakan.

Alfa dan Beta Karotena

-          Brokoli, lobak, tembikai wangi dan ubi keledek antara sayuran tinggi Alfa dan Beta Karotena. Berperanan menguatkan sistem imunisasi. Beta Karotena bertindak bertukar menjadi retinol yang penting untuk daya penglihatan yang baik.

Lutein dan Zeaxantin

-          Banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau, dikenal pasti dapat menyokong kesihatan mata seiring dengan peningkatan usia dalam proses penuaan.

Jom Terang dan Sihatkan Mata Anda Dengan Carotomax Shaklee!



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hebatnya penangan sayuran dan buah-buahan dengan kehadiran karotenoid! Namun bagaimana mendapatkan kesemua khasiatnya dalam satu masa? Kepada yang masih tercari-cari kebaikan ini dan dalam masa yang sama ingin mengambilnya dalam cara yang mudah dan cepat, makanan tambahan Carotomax Shaklee adalah pilihan yang tepat!.

Menawarkan spectrum antioksidan menyeluruh bagi membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan ancaman radikal bebas, setiap hidangan Carotomax Shaklee mengandungi karoteoid utama yang terdiri daripada Beta Karotena seumpama 102 hidangan pisang, Astaxanthin seumpama sepotong ikan salmon, Likopena seumpama 714 biji buah apricot, Luteina dan Zeaxanthin seumpama 285 biji buah limau gedang dan Alfa Karotena seumpama 89 biji buah rasberi!

Carotomax Shaklee ini adalah gabungan pelbagai Karotenoid terbaik dan membantu memenuhi keperlan tubuh. Bukan itu sahaja, paling penting Carotomax Shaklee membuatkan sesiapa sahaja yang mengambilnya bebas daripada cengkaman masalah penglihatan melibatkan kerabunan dan bergantung kepada kacamata.


~Sumber: www.shaklee.com.my~

Tuesday, January 27, 2015

Gastrik Sering Menyerang?

Gastrik ialah radang selaput perut (stomach) dan boleh dibahagikan kepada dua aiitu akut (acute) yang menyebabkan sakit yang tidak berpanjangan dan satu lagi kronik yang memakan masa lama, mungkin bertahun-tahun. Gastrik akut berlaku apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.


Gastrik kronik pula terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Puncanya termasuk makanan atau minuman yang menambahkan pengeluaran asid atau menyebabkan luka selaput perut seperti mengambil ubatan tertentu (aspirin, NSAID, steroid, zat besi, potassium), minum arak, mengalami tekanan atau stress, mendapat jangkitan (sifilis, TB, jangkitan H. Pylori, cacing), mengamalkan tabiat seperti menghisap rokok, suka minum kopi, nescafe, cola dan teh.

Bagi kes gastrik yang biasa, ubatan seperti ‘antacid’ (MMT, Mylanta, Gelusil) sering kali boleh membantu. Apabila ia sudah luka dan menyebabkan ulser ubat lebih kuat mungkin diperlukan antara yang popular ialah H2 receptor antagonist (Famotidine, Nizatidine), antibiotic (jika berpunca daripada kuman Helicobacter pylori). Gastrik atau istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang kira-kira 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus dan terus ke dubur. Dari mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat menghakis dan boleh malarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mucus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Punca-punca lain gastrik:

·        Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
·         Pengambilan alcohol yang berlebihan.
·         Pengambilan kokain.
·         Merokok.
·         Stress.
·         Gangguan autoimun.
·         Penyakit crohn.
·         Radiasi dan kemoterapi.
·         Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
·         Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
·         Jangkitan kuman/parasite, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan  badannya.
·         Masalah lain seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

~Pengubatan Al-Quran: Ustaz Raflis Sabirin~

Ubati Masalah Gastrik dengan Protein Shaklee


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Energizing Soy Protein (ESP)

-          Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.


-          Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Monday, January 26, 2015

Tip Makan Vitamin

Pemakanan Vitamin juga ada waktu-waktu tertentunya bergantung pada fungsinya. Kenapa? Penyerapan Vitamin berbeza mengikut sifatnya. Selalunya saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza.

Sebagai panduan buat semua, di bawah adalah aturan asas pengambilan vitamin yang baik mengikut sifatnya.

Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Bila Nak Makan Vitamin ni semua yer?

Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C): Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. 

VITAMIN LARUT LEMAK (A, D, E, K): Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium): Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin: Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1.      Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.  

2.       Mengambil suplemen zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3.      Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4.      Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.  

Sekiranya anda merasakan cara pengambilan vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

**Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

- Selepas sarapan pagi: B complex dan zink

- In between sarapan dan makan tengahari: Segelas minuman bancuhan bersama ESP

- Selepas makan tengahari: Vitamin C dan Vitalea

- In between makan tengahari dan makan malam: Segelas minuman bancuhan bersama ESP

- Selepas makan malam: Kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh:

***Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

(SILA SIMPAN SEMUA VITAMIN SHAKLEE DI DALAM PETI SEJUK ANDA SELEPAS MEMBUKA PENUTUPNYA. Contoh: Alfalfa, Vita-lea, Vit E, Vit C, ESP, Vivix. Ini adalah untuk menjaga kualiti vitamin dan mengelakkannya daripada cepat rosak serta masuk angin.

Saturday, January 24, 2015

Info: Fakta Mengenai Rambut Anda



1. Folikel rambut adalah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh.

2. Sejumlah 35 meter serat rambut dihasilkan setiap hari pada tempurung kepala orang dewasa.

3. Rambut tumbuh pada tempurung kepala berbeza mengikut warna rambut. 100,000 helai rambut hitam, 80,000 helai rambut merah dan120,000 rambut perang.

4. Sebanyak 90 peratus tempurung kepala ditumbuhi rambut manakala 10 peratus lagi berehat.

5. Perkara biasa jika rambut kamu gugur sebanyak 100 helai sehari. Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan masalah rambut gugur.

6. Kurang zat besi juga boleh menyebabkan masalah keguguran rambut.

Friday, January 23, 2015

Info: Tenaga Emosi

Ramai daripada kita tidak menyedari kekuatan kuasa emosi. Malah emosi sering dianggap sebagai kelemahan. Sebenarnya emosi merupakan tenaga yang berkuasa dalam diri seseorang. Manusia boleh bertindak sebagai hero yang membanggakan kerana emosi, begitu juga sebaliknya, menjadi paling kejam jika gagal mengawal emosi.

Emosi ibarat bahan bakat manakala minda manusia pula jurupandunya, bersama, mereka mengemudi seseorang untuj berkembang secara bertamadun.

Terdapat empat emosi yang secara berasingan atau bersama dapat membantu seseorang memulakab sesuatu tindakab yang tidak diduga. Jika bijak menggunakan emosi untuk membakar serta menggerakkan keinginan, hidup seseorang pasti berubah.

Meluat atau Menyampah

Jarang sekali kita menganggap perasaan meluat sebagai positif. Tetapi sebenarnya, jika emosi ini disalurkan dengan betul, meluat atau menyampah ini mampu mengubah kita. Seseorang yang telalu meluat atau menyampah berasa dia tidak ingin berada dalam situasi dirinya pada saat dan ketika itu. Dia ingin keluar, berhenti dan berkata, "cukuplah!" kerana terlalu meluat.

Dia tidak lagi mahu hidup dalam ketakutan, kesakitan, ditindas, dimalukan, dipandang rendah, disia-siakan dan sebagainya. Disebabkan rasa meluat dan menyampah, dia mengambil keputusan untuk mengubah hidupnya. Pada masa inilah emosi tersebut memberi tenaga berkuasa. Jika digunakan dengan positif, ia mampu memacu kejayaan seseorang.

Membuat Keputusan

Kebanyakan kita hanya akan membuat sesuatu keputusan apabila terdesak. Apabila mencapai tahap ini, kita terpaksa berhadapan dengan konflik emosi kerana membuat keputusan tersebut. Sebab itu tidak hairanlah jika berasa takut, tidak boleh tidur lena, berpeluh-peluh apabila telah membuat sesuatu keputusan.

Membuat keputusan yang boleh mengubah hidup ibarat berperang dalam diri. Pelbagai perasaan saling berlawan dengan macam-macam alasan untuk mengusai minda kita. Akhirnya keputusan yang kita buat, sama ada kecil atau besar, difikir semasak-masaknya atau secara impulsif, boleh menentukan arah tindakan atau mengaburinya.

Yang penting diingat ialah, buatlah keputusan. Biarpun mengambil keputusan yang silap daripada tidak membuat keputusan langsung. Setiap kita perlu berhadapan dengan kemelut emosi dan merungkai perasaan kita.

Keinginan

Keinginan daripada dalam diri seseorang, tetapi faktor-faktor luar boleh menjadi pencetus keinginan. Apa sahaja boleh mencetuskan keinginan jika kenabl pada masa dan persediaan yang ada; sebuah lagu, kata-kata penceramah, filem, kata-kata seorang teman ketika berbual, konfrantasi dengan musuh atau satu pengalaman pahit.

Sementara mencari pencetus keinginan itu, terimalah setiap pengalaman positif yang datang dalam hidup kita. Jangan bina benteng untuk melindungi diri daripada mengalami kehidupan. Pengalaman-pengalaman pahit sebenarnya memperkayakan hidup, jadi janganlah takut menghadapinya. Malah pengalam itulah yang mungkin mampu mengubah hidup kita.

Keazaman

Keazaman yang kuat adalah faktor yang amat penting dalam kejayaan dan kebanyakan mereka yang berjaya mempunyai kualiti ini. Mereka tidak mudah menyerah kalah, berbelah bahagi atau ragu-ragu tentang matlamat yang ingib dicapai. Keazaman mereka meruntuhkan pelbagai halangan dalaman dan luaran dalam menempah kejayaan.

Keazaman adalah berjanji pada diri sendiri anda tidak akan berputus asa. Kesabaran menempuh pelbagai dugaan serta halangan, bertahan walaupun hebat diuji, bijak menyusun strategi dan menyatakan, "Walau apa pun terjadi, aku akan teruskan".

-Al Islam: Meniti Cabaran-

Tuesday, January 20, 2015

Performance®: Minuman Hidrasi Tulen untuk Kekal Aktif dan Bertenaga


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Bekerja atau bersukan lasak menyebabkan tubuh kehilangan nutrisi penting yang diperlukan. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

                        
-          OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.

-          Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahhidratan.*

-          Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.*


 Testimoni





Monday, January 19, 2015

Histeria: Apa dan Punca Histeria

Apa Itu Histeria?

Orang Melayu menyebutkan histeria itu sebagai rasukan. Orang yang terkena histeria sering kali kelihatan mengalami luapan emosi yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit, menangis, menggelupur, mengamuk, tertawa berdekah-dekah, lumpuh atau berjalan dalam keadaan mamai.


Punca-Punca Histeria

Terdapat banyak sebab dan punca-punca histeria. Antaranya:


-Akibat kurang kasih sayang menyebabkan banyak masalah yang dipendam.

-Akibat gangguan mental, lalu emosi tidak mampu dikawal dengan baik.


-Akibat sihir.


-Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri.


-Akibat dendam atau simpati/cinta makhluk jin. Antara sebabnya kerana manusia itu suka mendedahkan aurat dan suka bertelanjang ketika bersendirian.


-Akibat saka iaitu warisan jin pendamping daripada keluarga.


-Sering lupa kepada Allah s.w.t., kurang beramal ibadat dan sering lalai sehingga syaitan berpeluang mencelah masuk ke tubuh badan kita.


-Kurang membaca doa-doa tertentu seperti "Bismillah" atau "Taawuz" ketika melakukan aktiviti-aktiviti seharian.


-Menyukai malah melakukan perangai yang disukai oleh syaitan (menurut hawa nafsu, mengabaikan hal-hal halal dan haram, memandang remeh pada perkara-perkara mungkar dan maksiat dan lain-lain).


-Melakukan perbuatan yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti permainan-permainan pemujaan roh atau menghadirkan roh, sehinggakan jin atau syaitan yang datang menjelma sebagaimana roh tersebut.


Doa menentang dan merawat sihir:

~Surah Yunus 10: 81-82.

~Surah al-A`raf 7: 118-122.
~Surah Taha 20: 69.
~Surah al-Nisa' 4: 84.
~Surah Yusuf 12: 64.
~Surah al-Mu'minun ayat 23: 115-118.
~Kemudian diikuti Ayat Kursi dan al-Muawwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas). 


-Solusi: Jadilah Remaja "Kebal" Histeria-

Saturday, January 17, 2015

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM






Larangan-larangan Terhadap Amalan Perbuatan Dan Kebiasaan Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Tubuh Badan

-       Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
-       Mandi setelah makan.
-       Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
-       Berjaga malam selain qiamullail.
-       Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum islam.


Faktor-faktor Yang Menguatkan Tenaga Tubuh Badan

-       Memakan daging halal.
-       Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
-       Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
-       Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
-       Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
-       Memakan makanan yang agak manis.


Faktor Yang Boleh Mendatangkan Penyakit

-       Bercakap banyak.
-       Tidur banyak.
-       Makan banyak.
-       Banyak jimak.

4 Faktor Yang Boleh Melemahkan Badan\

-       Banyak jimak.
-       Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
-       Banyak minum air yang bercampur dengan air liur sendiri.
-       Banyak memakan makanan yang serba masam.

Bagi Menambahkan Kecerdasan Akal

-       Tinggalkan dari bercakap kosong.
-       Sentiasa bersugi/ gosok gigi.
-       Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.




Larangan Dan Peraturan Selepas Makan

-       Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
-       Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
-       Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


Supaya Air Yang Diminum Menatangkan Kesihatan Untuk Badan Seboleh-bolehnya Jangan Meminum Air Di Waktu-waktu Berikut:

-       Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
-       Selepas berjimak.
-       Selepas makan atau sebelumnya.
-       Ketika sedang makan.
-       Selepas memakan buah-buahan.
-       Selepas keluar dari bilik mandi.


Cara Tidur Yang Sebaik-baiknya Diamalkan Oleh Rasulullah s.a.w.

-       Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
-       Bangkitlah di awal separuh kedua malam ja 1.00 tau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
-       Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
-       Tidurah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat haam makanan. Tidurlah sedemikian dari mua sampai akhir.


Waktu-waktu Yang Tidak Dibenarkan Tidur.

-       Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
-       Selepas masuk waktuAsar.
-       Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh badan.


Bahaya Tidur Di Siang Hari. Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana

-       Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
-       Merosakkan warna kulit.
-       Melemahkan jantung.
-       Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
-       Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
-       Melemahkan kecerdasan akal.


Cara Menghidarkan Lesu Selepas Bangkit Tidur.

-       Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
-       Hindarkan dari tidur lewat malam.
-       Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
-       Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
-       Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

Perkara-perkara Yang Boleh Melemahkan Tenaga Dan Mempercepatkan Tua.

-       Banyak melakukan jimak.
-       Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
-       Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


Sebab-sebab Utama Ditimpa Penyakit Jantung.

-       Merokok yang berterusan.
-       Kolesterol yang berlebihan (punca yang utama).
-       Kurang tidur.
-       Sentiasa mandi ditengah malam.
-       Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
-       Melakukan kerja secara berterusan.


Faktor-faktor Yang Membawa Kepada Lemah Daya Penglihatan

-       Melihat kepada benda-benda kotor.
-       Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
-       Duduk dengan membelakangkan kiblat.
-       Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.


-       Banyak menagis.

Friday, January 16, 2015

Migrain: Punca dan Jenis Migrain




Sakit kepala pada hakikatnya adalah panas pada kepala kerana di dalamnya terkandung wap yang berputar untuk keluar dari dalam kepala, tetapi apabila tidak mendapat jalan keluar dari kepala, maka kepala menjadi sakit kerana diregangnya, seperti satu wadah yang panas di dalamnya wap, lalu wap itu mencari jalan keluar dari wadah tersebut. Segala sesuatu yang lembap, apabila ia panas, maka wap panas tersebut menuntut tempat yang luas daripada tempat asalnya, dan apabila wap panas ini terjadi pada seluruh kepala, sehingga tidak mungkin dapat keluar maka kepala menjadi sakit dan berdenyut-denyut, laksana kepala seperti mahu pecah.


Punca Migrain

1.      Adanya gas yang tebal dalam perut, lalu menguap naik ke kepala dan menyebabkan kepala menjadi sakit dan berdenyut-denyut.

2.      Penuhnya perut dengan makanan, kemudian makanan itu turun dan sebahagiannya tersisa dalam keadaan mentah, sehingga menimbulkan sakit kepala.

3.      Sakit kepala terjadi setelah hubungan seksual, disebabkan kelemahan tubuh, sehingga sampai kepadanya panas udara yang melebihi had.

4.      Sakit kepala tejadi setelah muntah-muntah dan perut kosong, baik kerana dominasi kekeringan atau kerana naiknya wap dari perut ke atas kepala.

5.      Sangat panas kerana hangatnya udara dan cahaya matahari.

6.      Terlalu dingin/ sejuk dan bertompoknya wap di kepala sehingga tidak dapat terurai.

7.      Tidak dapat tidur sepanjang malam.

8.      Banyak cakap yang akan melemahkan otak.

9.      Banyak pergerakan badan seperti bersukan yang tidak seimbang.

10.  Gejala-gejala psikologi seperti kegelisahan, kesedihan, penderitaan obsesi dan berfikiran buruk.

11.  Terlalu lapar sehingga wap tidak mendapat apa yang harus dikerjakan, lalu berkumpul dan naik ke otak hingga menimbulkan rasa sakit di kepala.

12.  Ketumbuhan atau kanser pada selaput otak, sehingga penderitaannya merasa kepalanya seakan-akan dipukul dengan tukul.

13.  Panas yang membara dalam badan, sehingga kepala menjadi sakit.

Apabila membuang air besar tidak teratur sebagaimana bertubi-tubinya makanan masuk ke dalam perut, maka perut akan panas. Wap najis yang berkumpul dalam usus berhari-hari akan menyerap ke dalam organ usus lalu menjalar seluruh tubuh, naik ke kepala sehingga kepala menjadi berat dan tidak selesa.
Keadaan yang seperti ini apabila ditambah pula dengan wap fikiran yang tertekan dan masalah rumit yang menimpa, maka kepala akan bertambah berat bebannya, maka berkemungkinan besar saraf kepala akan mengembang kerana didesak oleh belbagai-bagai gas, atau membuat saluran baru, lama kelamaan boleh menimbulkan penyakit lain yang mengerikan seperti barah otak dan strok.

Jenis Migrain

·         Migrain Klasik (Classic Migraine)

Antara 10 hingga 15 peratus pesakit migraine mengalami migraine jenis ini. Lazimnya, 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migraine, terjadi selama lima hingga 15 minit.

Tanda-tanda aura ini adalah seperti terlihat cahaya terang, penglihatan berganda, pitam sementara, kebas, kepala berpusing-pusing dan sukar bercakap. Selepas tanda-tanda ini hilang maka migraine akan menyerang.

Aura dikatakan disebabkan saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sehingga mengehadkan penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa.

·         Migraine Biasa (Common Migraine)

Tanpa amaran terlebih dahulu seperti migraine klasik, migraine jenis ini lebih biasa terjadi. Sebab-sebab terjadinya migraine adalah apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migraine ini juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Disebabkan ia berlaku sedemikian masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti berikut:

(i)       Keturunan: Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensetif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan berkesan (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

(ii)   Pemakanan: Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrat, coklat, kekacang, alcohol dan aspartame boleh menyebabkan migraine jika diambil berlebihan. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, hingga menyebabkan migraine. Kemungkinan juga makanan ini mnyebabkan reaksi alergi yang akan menyebabkan migraine.

(iii)      Diet: Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migraine. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

(iv)          Waktu makan: Tidak makan, lambat makan mengikut waktu atau pemakanan tidak teratur juga boleh menyebabkan terjadinya migraine.

(v)           Minum kafein: Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan pelbagai jenama kopi selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrome jika mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migraine. Ini adalah kerana kafein menyempitkan saluran darah dan memberhentikannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

(vi)      Hormon: Turun naik hormone wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migraine. Migraine mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

(vii)           Mengandung: Selalunya boleh berlaku ketika ibu mengandung.

(viii)         Haid: Ramai wanita yang mengalami migraine sebelum, semasa dan selepas dating haid.

(ix)          Pil perancang: Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migraine.

(x)     Menopause (putus haid): HRT (hormone replacement theraphy) yang menggunakan hormone termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migraine.

(xi)          Tidur: Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine.

(xii)           Ubat: Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migraine. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba. Penggunaan berlebihan ubat migraine juga boleh menyebabkan migraine.

Penyebab-penyebab lain ialah perubahan cuaca, cuaca terang matahari atau lampu, bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat, memonton televisyen, memandang skrin computer dengan lama selain stres dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migraine selepas mengahdapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa mengahadapi tekanan emosi. Hakikatnya wanita lebih kerap (tiga hingga empat kali) terkena migraine berbanding lelaki.

Rawatan Tanpa Ubat

1.      Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Wanita yang menghadapi migraine perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

2.      Pengurangan stres seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan ketegangan badan.

3.      Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas.

4.      Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

5.      Cara hidup yang lebih teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

6.      Baring di tempat yang gelap dan sunyi pada permulaan migraine.

7.      Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

8.      Rawatan lain seperti refleksologi (urut saraf kaki).

-Sumber: Pengubatan Al-Quran – Ustaz Raflis Sabirin-

Langkah Mengurangkan Gejala Migrain dengan Vitamin dari Bahan Semulajadi Shaklee

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex

-          Vitamin B penting untuk keperluan tubuh kita terutama dalam mengurangkan tahap tekanan kita sehari-hari.

-          Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu an organ-organ penting yang lain.

-          Membantu dalam proses pengeluaran tenaga (metabolisma tubuh).

-          Vitamin B penting untuk keperluan sistem saraf otak yang sihat.

-          Pengambilan Vitamin B secara konsisten dapat mengurangkan tekanan dan rasa cemas.

-          Membantu dalam proses penghadaman.

-          Membantu memecah lemak, karbohidrat dan protein dengan baik.

Sustained Release Vita-C Plus

-          Vitamin C semulajadi Shaklee merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.


-          Vitamin C adalah satu antioksidan yang kuat dan merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat meyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan pembuluh darah.