Monday, March 30, 2015

Keseimbangan Tenaga untuk Menjamin Kesihatan



Dari segi biologi, tenaga yang kita perolehi daripada makanan yang diambil seharusnya seimbang dengan tenaga yang digunakan oleh tubuh untuk bekerja, berehat, bermain dan untuk mempertahankan tubuh pada suhu tubuh yang normal. Dengan ini, berat badan sentiasa dapat dipertahankan pada berat yang ideal.

Secara purata, tubuh kita membakar antara 200 kilo kalori hingga 3,000 kilo kalori untuk aktiviti harian yang biasa. Wanita membakar kurang daripada itu kerana purata berat badan mereka lebih rendah dibandingkan dengan lelaki.

Memulakan sesuatu aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelumnya atau yang tidak disukai adalah agak berat. Perlu diingat bahawa untuk bersukan, kita tidak semestinya memaksa diri berjogging, berjalan cepat, bermain bola, badminton dan sebagainya. Kita juga boleh melakukan sebarang aktiviti lain yang dapat mengeluarkan peluh, misalnya berkebun, menari dan silat.

Untuk memulakan bersenam, mantapkan dahulu keyakinan diri kita bahawa kita memang memerlukan riadah atau olahraga secara rutin kerana dapat meningkatkan kesihatan dan kesegaran kita. Keyakinan yang kuat merupakan pendorong semangat yang kuat. Dengan semangat yang kuat, kita dapat melakukan riadah secara rutin dan lama-kelamaan akan menyeronokkkan.

1.      Keperluan Tidur dan Kesihatan Tubuh

Tidur bererti keaadaan apabila seseorang tidak sedar dengan mata terpejam dan bertujuan untuk berehat. Terdapat dua pola tidur yang saling berganti sepanjang malam. Pola I (D-Sstate), iaitu pola tidur ringan atau REM (Rapid Eye Movement). Pada fasa inilah biasanya kita bermimpi. Keadaan ini ditandai dengan bergeraknya bola mata dengan cepat.

Secara purata, seseorang akan bermimpi sebanyak 5 kali semalam, tetapi sebahagian besar mimpi tersebut tidak dapat diingat. Selama pola ini berjalan, konflik fikiran dan perasaan terus lenyap sehingga mental mengalami ketenangan. Pola II (S-State), iaitu pola tidur nyenyak. Pada orang dewasa yang dapat tidur 8 jam semalam, nisbah D:S ialah 6:1.5 dengan 30 minit untuk “masa penetapan”.

Secara amnya, semua makhluk yang hidup samaada manusia atau haiwan memerlukan tidur. Cara tidur pula berbagai-bagai ragam. Misalnya, itik tidur duduk, kuda tidur berdiri, harimau tidur berbaring, ikan tidur celik dan ada juga yang tidur tergantung iaitu kelawar. Manusia juga memiliki berbagai-bagai cara dan ragam semasa tidur. Tetapi mengikut cara Sunnah tidur yang seeloknya ialah tidur dengan mengiring ke kanan. Tidur merupakan bahagian yang penting dalam hidup ini, sejak dilahirkan hinggalah lanjut usia. Satu pertiga daripada hidup manusia dihabiskan untuk tidur. Seseorang yang berumur 60 tahun telah tidur selama lebih kurang 20 tahun.

Apabila kita tidak tidur, kesan yang menonjol ialah keletihan fizikal dan tidak berupaya untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Hal ini disebabkan selama kita tidur nyenyak, sistem pembaikan dan pemeliharaan (anabolisme) tubuh bekerja keras mempersiapkan tubuh untuk menghadapi pelbagai aktiviti keesokan harinya.

Bahagian-bahagian tubuh yang rosak akan diperbaik dan digantikan dengan yang baru. Sel darah baru akan dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Organ tubuh yang bekerja keras sepanjang hari (katabolisme) seperti otot tubuh dan organ pencernaan akan berehat. Dalam keadaan biasa terjadi keseimbangan secara dinamik antara antibolisme dengan katabolisme. Perlu diingat, kurang tidur sama akibatnya dengan terlalu banyak tidur.

Sebenarnya, banyaknya tidur bergantung pada individu. Sesetengah kita berasa segar dengan hanya dapat tidur selama tiga atau lima jam semalam, sementara ada juga yang memerlukan lapan atau sembilan jam setiap malam. Menurut pakar kesihatan seorang daripada 10 orang memerlukan tidur selama antara lima jam hingga sembilan jam. Meskipun begitu, secara amnya kebanyakan orang memerlukan tidur antara enam jam hingga lapan jam setiap malam.

Walau bagaimanapun, tidak ada tanda atau petunjuk am sama ada kita mendapat cukup tidur atau tidak. Cuma apabila kita berasa fizikal dan mental kita lesu kemungkinan kita perlu tidur. Tetapi sebab-sebab lain juga perlu diambil kira seperti pekerjaan, makanan, social, kesihatan yang terganggu atau akibat kurang bersenam.

Satu kajian lain yang tidak kurang pentingnya menunjukkan bahawa tidur yang terlalu banyak juga akan memberi pengaruh yang sama dengan tidur yang terlalu sedikit.

Kesimpulannya:

Jumlah jam tidur yang terbaik bagi kita ialah jumlah jam yang umumnya memberikan kita perasaan segar dan cergas serta bersemangat untuk segera bangun pada waktu agi. Barangkali ada antara kita yang musykil tentang cara untuk mendapatkan tidur yang puas. Sesetengah orang sukar untuk memulakan tidur tetapi banyak pula yang mudah. Sekiranya anda ingin mendapatkan tidur yang cukup dan puas, beberapa perkara perlu kita praktikkan:

a.       Fikiran yang tenang adalah penting. Buangkan segala kekhuatiran dan lupakan semua perkara yang mengakibatkan kekusutan minda. Sejam sebelum tidur, kita mungkin perlu membaca, mendengar muzik atau menonton televisyen.

b.      Aturla kamar tidur kita agar menyenangkan dan dapat memberi keselesaan semasa tidur. Bantal, tilam dan katil biarlah sesuai dengan kehndak kita.

c.       Waktu tidur perlu diatur dengan baik. Rencanakan waktu tidur dan waktu kita harus bangun. Jangan tidur terlalu awal. Masuk tidur apabila sudah benar-benar mengantuk.

d.      Kenakan pakaian yang sesuai mengikut keadaan suhu dan cuaca. Pasangkan kipas apabila perlu dengan mengambil kira kebebasan pergerakan angina keluar dan masuk di ruang tidur.

e.       Kita boleh juga minum air suam atau susu sebelum masuk tidur kerana ia boleh menyebabkan rasa mengantuk. Memakan makanan manis sebelum tidur adalah tidak baik. Elakkan makan malam yang banyak kerana tubuh kita tidak dapat berehat sepenuhnya pada waktu perut dan usus bekerja keras untuk mencerna makanan.

f.       Jangan meminum the, kopi atau alcohol pada waktu malam. Kesemuanya ini akan mengganggu proses tidur dengan merangsang tubuh.

g.      Membuat riadah ringan dan teratur sebelum tidur ini akan dapat memenatkan dan membantu untuk mendapatkan tidur yang puas. Tetapi jangan lakukan olahraga yang keras sebelum tidur kerana ini akan menaikkan suhu badan lalu menggagu tidur.

h.      Jangan sesekali mengambil pil tidur kecuali dengan nasihat doktor. Pil tidur tidak akan membantu kita untuk tidur bahkan akan memburukkan lagi keadaan tidak dapat tidur. Kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh tiga minggu selepas mengambil pil tidur, ia akan mengganggu tidur dan bukan menyenyakkan. Di samping itu, ada pula yang mengalami ketagihan akibat mengambil pil tidur.

2.      Apa dia gangguan tidur?


Insomnia merupakan penyakit gangguan terhadap pola tidur. Mereka yang menderita akibat insomnia bukanlah tidak boleh tidur sama sekali dan tidak semestinya di kalangan pesakit psikosis atau kemurungan. Pesakit insomnia ialah orang yang susah untuk tidur; dapat tidur sebentar, kemudian terbangun dan tidak boleh tidur lagi. Lebih kurang 30 peratus penduduk normal mengadu mengalami insomnia. 

Thursday, March 26, 2015

Serat dalam Pemakanan

Persoalan yang sering ditimbulkan ialah apakah yang dimaksudkan dengan serat? Perlukah kita makan serat? Pada tahun 1969, seorang doktor England melaporkan bahawa beberapa penyakit saluran pencernaan seperti barah dubur, barah usus besar, radang usus (apendisitis) dan buasir sangat jarang ditemukan di negara yang penduduknya banyak memakan serat tumbuh-tumbuhan. Carta ini membandingkan antara penduduk di kawasan Tropika mereka dengan penduduk di kawasan Eropah.




Antara beberapa sebab serat perlu ada dalam makanan kita ialah:

1.      Serat akan mengembang memenuhi rongga usus sehingga kita berasa kurang lapar ini baik untuk seseorang yang ingin mengurangkan berat badan.
2.      Serat dapat menyerap dan menyimpan air dalam makanan sehingga dapat menjadikan najis lebih lembut. Ini dapat mengurangkan sembelit dan kemungkinan terjadinya buasir.
3.      Menolong pengeluaran najis dengan cepat dan mengurangkan tekanan dalam usus. Hal ini juga akan memendekkan masa hubungan antara karsinogen (penyebab barah) yang ada dalam makanan dengan usus.
4.      Serat dapat melambatkan penyerapan gula. Di samping itu, penyerapan sari makanan juga akan menjadi lebih singkat sehingga tidak semua kandungan kalorinya akan terserap.
5.      Serat mengikat dan menyerap lemak dan asid hempedu, serta mengurangkan kepekatannya untuk diserap ke dalam saluran darah. Mekanisme ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan kurangnya kejadian penyakit jantung, strok dan penyakit pembuluh darah yang lain.
6.      Diet berserat sangat berkesan dalam pengubatan sembelit kronik dan beberapa jenis penyakit usus seperti diverticulitis dan Irritable Bowel Syndrome. Diet berserat tinggi juga baik untuk pesakit kencing manis dan obesity.
7.      Jenis serat yang berlainan memenuhi keperluan yang berbeza-beza pula di dalam tubuh. Berapa banyakkah serat yang diperlukan oleh tubuh? Hal ini dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang, maka dapat dikatakan bahawa keperluan serat kita telah mencukupi.

Walaupun serat boeh dikatakan bukan zat makanan dan hanya tumpang lalu sahaja dalam saluran pencernaan kita, namun ia perlu dimakan. Ia berperanan penting untuk mencegah pelbagai jenis penyakit.



Monday, March 23, 2015

JANGAN PERCAYA SHAKLEE SELAGI ANDA TIDAK TAHU 5 FAKTA INI

   Kenali Shaklee 

1. Banyak brand tersohor tidak menepati standard seperti yang ditulis pada label kandungan nutrisi produk mereka.

Jika kita lihat laporan di New York Times baru-baru ini, FDA telah membuat ujikaji ke atas beberapa brand supplement yang tersohor dan mendapati bahawa  sekurang-kurangnya 4 daripada 5 produk yang dijual tidak mengandungi apa yang tertulis di label. 

Ia juga mengandungi herba yang merbahaya dan bahan fillers murahan yang berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan dan alahan terhadap pengguna. Syarikat-syarikat tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkuatkuasa serta merta.



Kita memang perlu concern sebenarnya dengan supplements yang kita ambil. Jangan main hentam sahaja. 

 GNC, Target, Walgreens and Walmart adalah antara jenama yang dikenalpasti berpotensi memberikan kesan negative terhadap kesihatan pengguna. Anda boleh baca penerangan selanjutkan di:

http://www.msn.com/en-us/news/crime/new-york-attorney-general-targets-supplements-at-major-retailers/ar-AA8VmjN?srcref=rss
Lihat --> Betapa industri dan syarikat yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kita sebagai pengguna!.


Pernah ada seorang sahabat saya yang berpeluang untuk berjumpa dengan seorang pakar farmaseutikal di Taiwan yang bertugas dengan kerajaan di sana untuk memeriksa kandungan setiap supplements dan supplements sebelum di pasarkan di Taiwan, mereka mendapati adalah normal jika kandungan supplements lebih rendah dari apa yang di labelkan di botol kerana memang banyak syarikat yang bersifat sedemikian. Tidak telus. Ala-ala mencuri timbangan.

Contoh jika Vitamin C dilabelkan 500 mg, pada hakikatnya biasanya akan lebih rendah dari apa yang ditulis, tetapi jika masih 50% dari kandungan, piawai masih boleh di terima untuk dipasarkan.


Kita bayar untuk 500mg tapi dapat hanya untuk 250mg. Tak adil kan?

Dan beliau atas inisitif sendiri membuat ujian ke atas Multivitamin Shaklee (Vitalea), just nak tengok kualiti terbaik yang diperkatakan, dan dia sangat terkejut kerana apa yang ada di label adalah sama dengan apa yang ada di dalam tablet yang diuji.

Shaklee delivered what has been stated. Dan off course, semenjak dari itu dia menjadi penguna produk Shaklee semenjak dari itu. It worth the money.



2.  Terdapat bahan merbahaya atau dadah yang disembunyikan dalam produk kesihatan

Tadi menipu. Ini pula lagi merbahaya. Membunuh dalam senyap!

Saya pernah ada seorang client saya bertanya tentang supplements kurus yang sangat hot pada waktu tu – Acai Beri. Penuh testimoni di fb menunjukkan pengguna yang tak berdiet dan tidak bersenam turun 20kg sebulan dan sebagainya. 

Dia tunjukkan pada saya botol tu dan saya baca, di situ hanya tertulis jenis-jenis herba yang ada dan jika hanya mengikut label, saya berpendapat tidak ada masalah untuk digunakan. 

Hanya kandungan dari buah-buahan. Ok apa? Nutrisi yang bagus tetapi saya masih pelik, mana boleh makan phytonutrients sahaja boleh kurus mudah sebegitu rupa?


Mesti ada something yang menyebabkan berat boleh turun giler-giler macam tu. Produk tersebut telah dihantar ke makmal untuk diuji dan ternyata laporan menunjukkan ia mengandungi bahan kimia jenis
 Sibultramine sejenis dadah yang telah diharamkan penggunannya untuk slimming. 

Nah? Tak tulis pun di label tu ada Sibultramine! Menipu kan namanya tu?


Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar  nadi, mengganggu fungsi jantung dan saraf, dan seterusnya boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, strok dan kematian.


Dah ada yang mati, baru kelulusan di tarik balik? Huhu… apa cerita? Kalau kita yang mati, nyawa tu boleh ganti balik? Haru betul kan?

http://www2.hmetro.com.my/articles/Produkacaiberiberacun/Article/

Tak berbaloi rasanya mengeluarkan duit tapi merosakkan diri sendiri. Hilang nak kurus, mati jadinya. Sadiss!

Nak kurus ke, Nak PUTIH ke, Nak cantik ke hatta nak sihat pun perlu ada ilmu. 


Perlu berhati-hati dengan apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita.

Nasihat tulus ikhlas dari saya - Jangan makan ikut trend. Makan ikut apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Pilih yang berkualiti tinggi. Luangkan masa untuk melihat dan meninjau sedikit apa yang kita ambil dan kita laburkan untuk kesihatan. 


 3.  Banyak supplement tidak melalui ujian klinikal

Tak guna bayar supplements bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang! Kita mahu yang terbaik untuk kesihatan, biar tua dan sihat.

Dan salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo). 

Dan kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian. Kebanyakkan syarikat fokus pada mempromosikan produk.

Jika bayar artis sebagai duta sahaja dah banyak menelan belanja. Menjadi penaja program realiti dan berjuta biaya. Kualiti Produk? Ntah nombor berapa.


Tetapi supplement pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses products, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Yang tak ada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.


Tetapi, ini masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, bila ada laporan kesan sampingan then baru produk itu ditarik balik dari pasaran. Bukan supplements sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun juga ada yang ditarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta.

Shaklee mengambil langkah yang menyebabkan saya boleh terima kualitinya sebagai supplements yang berkualti tinggi (medical supergrade). Saya bukan taksub pada jenama Shaklee tetapi saya semakin kagum dengan kualiti yang ada.

They walk their talk: Always Safe, Always Work, Always Green. Hanya yang berani sahaja akan menggunakan tagline ni kerana if it is not work or not safe or harm to nature --> bila-bila masa sahaja ada posibilities kena saman.
Dalam 10 tahun bersama Shaklee, banyak kali produk tidak di keluarkan kerana bahan mentah tidak mematuhi piawaian. GLA pernah tidak dikeluarkan kerana kualiti tidak mencapai standard yang tertinggi. Biar rugi, yang penting kualiti tertinggi terjaga. Mereka nak pastikan kita makan yang terbaik sahaja.

Banyak syarikat, tak de ujian apa-apa pun, suruh kilang orang lain buat, letak jenama sendiri, kualiti ntah ke mana, yang penting boleh jual.

Salah satu kajian yang saya respects iaitu kajian ‘berani mati’ yang menyebabkan saya rasa jika saya ada company sendiri pun belum tentu sanggup nak buat.

Kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, mereka tidak ada kena mengena dengan Shaklee dan jika keputusan baik atau buruk akan dipublish dan seluruh dunia akan mengetahuinya.


Kajian Landmark ini bertujuan untuk melihat tahap kesihatan pengguna-pengguna supplements Shaklee yang telah menggunakan rangkaian produk Shaklee lebih dari 20 tahun berbanding individu yang tidak mengambil supplement dan individu yang menggunakan jenama lain.



Dr. Gladys Block, world class scientist bersama team saintis di School of Public Health, University of California, Berkeley menjalankan kajian ini. No hanky panky. Keputusan tidak boleh dibeli.

Jika keputusan pengguna Shaklee lebih teruk berbanding yang tak makan supplement, mahu bungkus company. Sebab tu saya kata memang kajian seperti ini berani mati. Hanya yang betul- betul confident dengan produk mereka sahaja berani keluar duit untuk kepastian ini.

Cuba anda tanya dengan pemilik-pemilik syarikat supplement yang menjual pelbagai produk kesihatan, berani tak mereka keluarkan jutaan untuk tujuan memastikan produk mereka selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Cer tanya.

So far, Shaklee satu-satunya syarikat supplements yang telah membuat kajian jangkamasa panjang seperti ini - Landmark study.


Nak tau keputusan kajian? Ok ke tidak?

Mesti nak tau kan? Sebab kalu keputusan tak ok, better anda stop makan Shaklee. Jangan membazir duit.


Cuba anda perhatikan keputusan di atas.

Ada 3 kumpulan :
1. Pengguna Shaklee (lebih dari 20 tahun)
2. Pengguna mengambil supplements langsung.

Dan, jika anda perhatikan, di antara tiga kumpulan kajian golongan yang berisiko tinggi untuk penyakit kronik adalah bukan golongan yang tidak makan supplement tetapi golongan yang menggunakan multivitamin pelbagai jenama!

See? Menggunakan supplement meningkatkan risiko penyakit kronik. Lebih baik tak payah makan. Betul?


Tetapi surprisingly, kumpulan pengguna Shaklee menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Risiko penyakit kronik seperti jantung, diabetis, storke and sebagainya jauh lebih rendah berbanding dua golongan tadi. So, jelas menunjukkan bahawa Shaklee selamat digunakan untuk jangkamasa panjang. Proven by scientific data.


Anda boleh baca kajian landmark ini lebih lanjut  di link http://www.nutritionj.com/content/6/1/30#


Pengguna Shaklee mempunyai tahap lemak Trigeliserida dan Hs-CRP yang paling rendah. Bacaan ni memang perlu rendah ye sbb kalu tinggi menunjukkan badan kita mempunyai radang yang tinggi dan meningkatkan risiko untuk semua penyakit kronik. 

Sebab itulah mereka yang menggunakan Shaklee lebih dari 20 tahun semakin sihat dan nampak awet muda sentiasa… hihi. Betul. Tak caya? Cuba tengok contoh-contoh mereka yang dah makan lama.

The Quality stands out from the rest. Ini yang menyebabkan saya mengesyorkan anda menggunakan supplement Shaklee, It is all about the quality! The #ShakleeEffect
                                     

Apa lagi yang Shaklee buat untuk memastikan kualiti yang terbaik untuk pengguna mereka? Jutaan duit dilaburkan untuk reserach & development.


Pelaburan dalam research & development untuk memastikan keberkesanan produk. RM 1 Billion. Banyak tu.. Jika syarikat kita sendiri, belum tentu kita mampu nak mengeluarkan sebanyak itu hanya untuk kajian, tak termasuk kos-kos yang lain lagi. Huh!


Setiap produk di pantau dari peringkat bahan mentah hingga ke bahagian produksi. Beribu-ribu ujian kualiti tahunan dijalankan. Ada juga ujian  Transportation test - untuk memastikan proses penghantaran tidak menyebabkan nutrisi dalam produk tersebut berkurangan. 



Saya sendiri pernah bertemu dengan beberapa saintist yang bertugas bersama Shaklee semasa mengunjungi Headquaters Shaklee di Pleasanton, California. So, team saintis memang mereka wujud, bukan sekadar marketing gimik sahaja.  Ada dari pelbagai expertise dan pelbagai bangsa. Saintis melayu belum ada. Soon In Shaa Allah.


Pelbagai ujian klinikal yang dilakukan juga di diterbitkan dalam journal-journal antarabangsa. Jika anda biasa dalam bidang journal, anda pasti tahu bukan mudah sesuatu study itu diterbitkan di peringkat antarabangsa. Banyak peringkat yang perlu dilalui. Tidious.


Tidak boleh just bayar dan journal anda akan dipilih. Hihi.. Tak boleh. Proses pemilihan sahaja dan sangat ketat, dan off course hanya yang terbaik sahaja yang akan diterbitkan. Jika kita pernah membuat dan menulis papers tentang research, memang cukup mencabar minda dan memeningkan kepala.


4. Kurang dari 5% Nutrition class di ajar di sekolah-sekolah perubatan.


Bila saya berkongsi dan mengesyorkan kepada potential client untuk mula menggunakan supplements, ada juga feedback yang saya terima seperti ‘Biar saya tanya doctor saya dulu’.. Hihi.. saya senyum jer. Tanya la, apa salahnya. Kan?
                              
Jika anda yang membaca blog saya ini juga seorang doktor, anda cuba ingat semula berapa kali kelas tentang nutrisi di ajar semasa kita undergrade dahulu? Berapa jam? Ada tapi sangat terpinggir, tak ambil port sangat tentang semua tu. 



Kita lebih kepada untuk membuat diagnosis dan bagaimana untuk merawat. Konsep bagaimana sesetengah nutrisi dapat mencegah penyakit diabetis? Macam tak berapa nak belajar rasanya..huhu


Beberapa tahun lepas, saya tertonton satu program Bicara Siti. Siti Nurhaliza menjemput seorang Pakar O&G yang tersohor di lembah Kelang. She’s awesome. So ada la seorang penonton di studio yang bertanya kepada beliau tentang perlukah kita mengambil supplements? 

As usual, jawapan standard doktor yang biasa saya dengar - beliau mengatakan bahawa supplement tidak perlu, kita boleh mengambil diet yang seimbang melalui pemakanan harian, buah sayur etc etc. Saya senyum jer. Rasa macam nak jumpa je Doc ni. hihi


Happen that, tahun 2011, ketika saya melanjutkan pelajaran dalam Master in Anti-Aging, kami berada dalam satu kelas. Ha ha... best nih. Beliau juga mula mendalami bidang baru yang boleh menambah nilai kesihatan client-clientnya.


Pada satu pagi kami sedang berbual-bual, ada seorang rakan bertanya kepada dia, supplements apa yang dia makan sekarang? Nak tau dia jawab apa? "Morning I take Omega dan CoQ10 for my heart, beta carotene for my eyes, vitamin c dan vitamin E for my skin, Glucosamine for my joint etc etc..' and the list goes on…

Sekali lagi saya senyum meleret, kalu saya cerita yang saya dengar jawapan dia di dalam rancangan Bicara Siti sebelum ni mesti dia senyum juga… 

People change their perception if they know the truth.


Ada satu buku yang menarik untuk anda baca.


5. Supplement yang baik boleh'bercakap' dengan diri anda.

Beberapa bulan lepas, seorang pakar dalam bidang biokimia di sebuah universiti tempatan bertemu dengan saya. Dia menyapa saya dan tiba-tiba berkata “ Are you Dr. Malinda? Thanks doctor, because of your sharing in the blog, I have the confidence to try shaklee products!.
                     
Saya pula yang excited bila dia bercerita yang dia ada masalah resdung yang teruk, dah dapat pelbagai rawatan tetapi tak menunjukkan perubahan yang baik. 

Dia sangat skeptikal dengan supplements apatah lagi supplements yang dijual melalui MLM. Negative giler. Seperti biasa yang saya katakan tadi, orang dalam bidang kimia, farmasi dan perubatan ni memang begitu sifatnya sebab kami di ajar untuk critical thinking dan evidence based medicine. Itu adalah nature kami. So, normal la kalu mereka tanya banyak soalan saintifik ye. hihi

Bila dia mula ambil supplement Shaklee, produk mula 'bercakap' dengan diri dia, dia sendiri dapat rasakan banyak perubahan pada resdung, kulit dan tahap kesihatan secara keseluruhan. Good products will always works!

Shaklee juga memberi 'power' kepada golongan-golongan manusia yang agak special di mana aspek pemakanan adalah aspek yang sangat penting - sikit pun tak boleh salah kerana boleh mengganggu prestasi. Salah makan ubat pun tak lepas ujian doping. 

Rangkaian produk sukan membantu ramai atlit untuk memenangi 125 medals di Olimpik dan  Shaklee juga adalah membekal nutrisi kepada World explorer, 7 world’s record of Time-Life’s Greatest Adventures of All Time!


Jika produk Shaklee mengandungi dadah merbahaya, ia pasti boleh dikesan di dalam ujian yang dilakukan terhadap atlit-atlit ini. So, jangan bimbang. Tiada sebarang dadah yang disembunyikan dalam produk Shaklee.

Angkasawan juga golongan yang special. Mereka perlu mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik. Mereka tak boleh bawa makanan sembarangan ke angkasa, mereka memerlukan pemakanan berteknologi tinggi untuk memastikan kelangsungan hidup mereka di sana. Tak ada maknanya nak bawa burger, nasi lemak, roti canai dan sebagainya...hihi

Semenjak tahun 1993, Shaklee adalah satu-satunya syarikat pemakanan yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan pemakanan tambahan untuk NASA space shuttle astronauts’ dengan minuman rehidrasi istimewa untuk mereka iaitu called Astro-Ade. 


It is all about the Quality. Mungkin ramai yang akan kata banyak lagi produk yang berkualiti di pasaran, Ya, saya tidak menafikan cuma sebagai pengguna anda perlu memilih yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.
                      
Choose the highest medical supergrade supplement, bukan yang cincai cincai buat dan jual. Kita nak pelaburan jangkamasa panjang, keluar duit untuk kesihatan bukan meningkatkan risiko untuk merosakkan badan.

Supplement pertama Shaklee telah berusia 100 tahun! Vitalea telah diformulasikan pada tahun 1915. It is the history. Pioneer in food supplements industries.


Hanya yang berkualiti tinggi biasanya akan tahan lebih lama. Betul?

Pilih yang terbaik. Pilih yang anda percaya kredibiliti mereka.
Ini melibatkan masa depan jangka masa panjang. Tak guna putih melepak hari ini tetapi menderita kanser kulit pada masa akan datang.

Baru-baru ini Shaklee telah menerima award The Best BrandLaureates 2014-2015 untuk kesekian kalinya. Satu-satunya syarikat Nutritional Supplements MLM yang menerima awards ini. Again, it is all about the quality.




Ramai juga bertanya saya kenapa menyokong produk US? Kenapa tidak menyokong produk Malaysia? Maafkan saya, bukan saya tidak menyokong. Saya sangat menyokong produk Malaysia tetapi untuk kategori pemakanan tambahan medical supergrade, kita belum mempunyai teknologi sehebat mereka. 

Kita tidak mempunyai dana sekental mereka untuk melakukan kajian klinikal terhadap supplement apatah lagi supplement adalah sesuatu yang tidak boleh dipatentkan.

Tidak banyak syarikat malah syarikat farmaseutikal yang berminat untuk vitamin kerana ia tidak boleh dipatentkan dan  tidak dapat memberikan keuntungan yang optima.

Saya hanya berkongsi sesuatu yang berkualiti yang kami sendiri telah mendapat manfaat darinya. Terpulang pada anda untuk memilih. Tiada paksaan. Jangan makan jika anda tidak percaya.

Saya hanya membantu memberi info dan perkongsian. Alhamdulillah, ramai juga rakan-rakan doktor saya telah mula mengambil langkah untuk menggunakan supplement untuk meingkatkan tahap kesihatan mereka dan keluarga, banyak feedbak positif yang saya terima.

Saya hanya berkongsi. Saya belum mampu untuk membuat produk sendiri setaraf dengan teknologi Shaklee, In shaa Allah jika ada dana yang setaraf, why not?

Bermula dengan berkongsi dengan apa yang terbaik. Saya percaya masa depan industri kesihatan bukan sekadar merawat penyakit atau 'sickness care' tetapi kita akan beralih ke arah pencegahan atau 'wellness care'. Kita mahu tua, sihat, kuat dan seronok untuk beribadat.


Jangan Percaya Saya, Anda perlu mencuba dan rasakan keistimewaanya.

[Sumber: Dr. Malinda Mohd Ali]

Wednesday, March 18, 2015

Antara Sebab Bayi Lahir Tanpa Tempurung Kepala

Anencephaly ni adalah satu keadaan kecacatan serius sistem saraf tunjang – dimana bayi dilahirkan tanpa tempurung kepala. Sistem saraf tunjang gagal untuk ditutup. Kecacatan teruk pada otak dan saraf utama.

Kenapa ia berlaku? Antara sebab yang dikaitkan adalah toksin-toksin persekitaran, kekurangan pengambilan folic acid (Viamin B9) semasa kehamilan dan mutasi gen yang terlibat dalam metabilsma folic acid.

Ia boleh di kesan melalui ultrasound. Kesian sangat bila ada patient yang ada kandungan macam ni. Biasanya doktor akan cadangkan untuk diawalkan proses bersalin (Termination of pregnancy) sebab risiko kematian mmg sangat tinggi.

Kes ini berlaku biasanya 1 : 10,000. Memang nampak tak banyak, tapi kalu satu tu la anak yang kita kandungankan? How it feel? Tambahan pula, jika pernah ada kandungan begini, risiko untuk dapat kandungan seterusnya begitu pun tinggi sekiranya tiada sebarang langkah pencegahan dilakukan. Nauzubillah. Semoga kita semua dilindungi.

Banyak kajian yang menunjukkan pengambilan folic acid yang mencukupi oleh wanita yang merancang untuk hamil dapat mengurangkan kecatatan ini sebanyak 50-70%!

Selain itu, folic acid membantu untuk pembetukan sel darah merah, membaiki DNA dan fungsi sel. Folic acid bantu pertumbuhan uri dan perkembangan bayi yang sempurna.

Folic acid boleh diperolehi melalui diet yang sempurna . Makanan yang tinggi Folic acid adalah seperti sayuran-sayuran hijau, bayam, brokoli, romain lettuce, bendi , cauliflower , celery, carrot dan asparagus, betik, oranges, anggur, kekacang dan avocado.

Pengambilan supplement Folic acid 400mcg diwajibkan untuk ibu-ibu hamil. 2 tablet Vitamin B complex natural based - boleh membantu merubah kesihatan ibu dan bayi.


[Sumber: Dr. Malinda Mohd Ali]


Monday, March 16, 2015

INFO WANITA: KENAPA RAHIM MEMBENGKAK?



Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalau anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya. hihi :)





Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.



Ok,

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. 
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]


Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.

Antara 4 Faktor Utama adalah  :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dalam plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.




3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.

Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.



4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.




Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal



Perlukah Pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar  anda perlu melakukan pembedahan.


Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai  fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.

6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.


Ok, selain itu, ramai juga orang tanya: Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. 
 Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.



Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO.  Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural. 

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?

Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu

The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.

Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan  gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.

Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.

Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.




Ok,

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free untuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.

Take care of your health.


Wallahualam.


[Sumber: Dr. Malinda Mohd Ali]


Wednesday, March 11, 2015

Orang Yang Berlebih-lebihan Ada Penyakitnya

Allah S.W.T. berfirman dalam surah Al-A’raf:
Ertinya: “Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang0orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf: 31)

Sesungguhnya Allah Taala mengajarkan supaya kia makan dan minum apa yang lazat dan baik dari semua bentuk makanan dan minuman tanpa berlebih-lebihan.

Berlebih-lebihan pada makan dan minum apabila melampaui batas syariat maka akan jadi haram, dan apabila melampaui batas kewangan maka akan bahaya, dan apabila melampaui batas badan makan akan menjadi mudarat.

1.      Berlebih-lebihan dalam makan daging khususnya yang merah, hati, ginjal, ayam turki, sardine, rang, teh, kopi dan bir. Makanan ini kaya dengan zat purin yang akan berubah dengan mudah ke asid polik. Meningkatnya nisbah asid polik dalam darah (nisbah biasa adalah antara 3-6 mg pada setiap 100 cm³ darah) akan menyebabkan terjadinya penyakit lenguh. Ketika meningkat nisbah asam polik dalam darah dari ukuran biasa, akan terjadi penyakit di mana garam dari asam itu akan mengendap pada tulang-tulang rawan dan pergelangan-pergelangan, maka ia akan menghancurkannya sepertimana ikatan otot-otot dan kadang-kadang pada sebahagian ginjal akan mengendap. Penyakit ini sangat banyak dijumpai pada mereka yang banyak makan daging dan para pemilik hidangan-hidangan pesta dengan makanan yang lazat-lazat, juga orang yang berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman seperti orang kaya dan raja-raja. Kerana itu penyakit sengal-sengal dinamakan sebagai penyakit raja-raja.

2.      Berlebih-lebihan mengambil makanan berprotein ditambah lagi telur, ikan, susu dan keju akan menyebabkan kelemahan tubuh dalam penghadaman sebagaimana akan menyebabkan tekana darah tinggi dan pengerasan pembuluh darah kerana adanya kadar lemak dalam makanan ini.


3.      Berlebih-lebihan mengambil makanan berkarbohidrat (zat tepung dan gula) akan mengakibatkan terjadinya fermentasi pada perut. Makanan ini akan terbakar dalam tubuh agar berubah kepada kalori dengan kadar yang diperlukan oleh tubuh. Melebihi kadar ini akan mengubahnya kepada lemak yang bertimbun-timbun di dalam tubuh dan akan mengakibatkan berat badannya bertambah. Ia akan bersatu zat gula tambahan dengan kalsium yang ada pada jaringan-jaringan tubuh, maka menurunlah nisbah kalsium dalam darah, dengan demikian akan berlaku penggantian kalsium dari tulang dan gigi. Selanjutnya akan mengakibatkan kelemahan tulang dan rapuhnya gigi. Makanan ini juga tidak baik bagi penderitaan kencing manis.


4.      Berlebih-lebihan mengambil makanan-makanan berlemak akan menjadi beban berat atas peralatan tubuh semuanya, terutama sekali sistem penghadaman yang bertanggungjawab untuk menghadam makanan, juga sistem peredaran (jantung dan pembuluh-pembuluh darah), di mana makanan berlemak ini akan mengakibatkan pertambahan berat badan, selanjutnya pertambahan beban atas jantung dan meningkatnya nisbah kolesterol dalam darah (iaitu bahan yang mnyebabkan mengerasnya pembuluh darah).

Thursday, March 5, 2015

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga. Buah Delima disebut sebanyak 3 kali 
dalam Al-Quran. Nama saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji.

Antara khasiat pati delima;

1.Anti Oksida yang tinggi
.
2.Bersifat panas dan lembab, baik untuk menguatkan perut, tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk
.
3.Melegakan batuk dan menghilangkan kahak
.
4.Merawat sinus
.
5.Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan racun dalam badan
.
6.Mencuci darah kotor
.
7.Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya
.
8.Menormalkan fungsi hati
.
9.Menstabilkan peredaran darah
.
10.Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gigi
.
11.Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (Melangsingkan badan)
.
12.Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout)
.
13.Mengelakkan daripada rasa mual (hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung
.
14.Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi
.
15.Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
.
16.Menegangkan payu dara
.
17.Merapatkan dan menyuburkan rahim
.
18.Mampu menurunkan kadar glikosa/gula dalam darah (Kencing Manis)
.
19.Mencegah serangan angin ahmar
.
20.Melancarkan fungsi buah pinggang
.
21.Mengurangkan tekanan darah tinggi
.
22.Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
.
23.Dikenali juga 'natural viagra' kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki
.
24.Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan
.
25.Mengeluarkan peluh / toksin
.
26.melegakan sakit kepala
.
27.Membunuh cacing dalam usus
.
28.Menambah darah