Monday, August 3, 2015

Khasiat Dari Buah Labu


Allah S.W.T.  menyebut di dalam al-Quran hal mengenai pokok labu pada surah as-Saffat ayat 146 “…dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yaqtin (pokok labu).”

Mengenai labu, terdapat riwayat yang sahih dating daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau mengkhabarkan, ada seorang tukang jahit mengundang Rasulullah s.a.w. makan di rumahnya, menikmati hidangan masakannya sendiri. Anas berkata: “Lalu aku pun pergi bersama Rasulullah. Kemudian dihidangkan kepada kami roti gandum dan sayur berisi labu dan dendeng. Aku melihat Rasulullah s.a.w. selalu mencari labu di mana sahaja berada di sekitar bekas makanan terebut. Sejak hari itu aku pun ikut menyukai labu.” (Rujukan al-Ahkam, 11/65-67).

Abu Talut mengkhabarkan, “Aku pernah menemui Anas bin Malik makan labu sambal berkata: “Sesungguhnya engkau berasal dari pokok yang paling kusukai, kerana Rasulullah s.a.w. amat menyukaimu.” Dalam Al-Ghailaniyyat disebut hadis daripada Hisyam bin Urwah, daripada ayahnya, daripada Aisyah r.ha. mengkhabarkan, “Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepadaku: ‘Wahai Aisyah, jika engkau memasak makanan, banyakkanlah labu, sesungguhnya labu itu boleh mengubat kesedihan.”

Labu bersifat sejuk dan lembab, boleh memberikan suntikan zat ringan, mudah masuk ke dalam perut, meskipun belum rosak sebelum dihadamkan dan menghasilkan hampas yang baik. Sebahagian daripada khasiatnya adalah memberi serat yang baik sesuai dengan vitamin yang dikandungnya. Jika labu itu dimakan dengan sebiji sawi atau jintan hitam, boleh menimbulkan rasa pedas. Tetapi jika dicampurkan garam, boleh meimbulkan rasa masin, buah labu merupakan sejenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia. Jika seseorang itu menghadapi rabun, terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, maka labu merah adalah menu yang sesuai untuk diet bagi tubuh. Hal ini merana, pakar dietetic mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Selain vitamin A dan vitamin C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta carotid dan serat. Dikatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan. Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes, manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau. Manakala anak yang kurang nafsu makan, bolehlah diberi makan isi labu.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentangnya ialah khasiat untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Penyakit itu boleh dirawat dengan diminum sebelum tidur. Caranya biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampurkan dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum.