Saturday, March 11, 2017

Adakah Anda Masih Ada Hutang Tidur


Kajian oleh National Sleep Foundation AS pada 2005 menyarankan umumnya, seorang dewasa memerlukan enam hingga lapan jam waktu tidur sehari, malah ada yang memerlukan 10 jam. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan gangguan tidur ialah:

> Gaya hidup – kerja shif yang kerap dan tidak teratur.

> Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan, kerap kencing waktu malam.

> Gangguan psikologi atau penyakit mental contohnya skizofrenia, kemurungan, kebimbangan, stress dan lain-lain.

> Penyalahgunaan dadah dan alcohol.

> Factor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang.

Kesan kurang tidur dalam jangka pendek:

1. Tahap kewaspadaan menurun
    - Kekurangan hanya satu setengah jam tidur di waktu malam boleh mengurangkan sebanyak 32 peratus tahap kewaspadaan di siang hari.
2. Melemahkan daya ingatan dan kemampuan kognitif, kemampuan berfikir dan memproses maklumat.
3. Melemahkan daya ketahanan badan.
4. Sukar mengawal emosi dan tingkah laku.
5. Cepat marah.
6. Sukar memberi tumpuan dan cenderung membuat kesilapan.
7. Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan.

Kesan jangka panjang:

1. Tekanan darah tinggi.
2. Serangan jantung dan kegagalan jantung.
3. Trok.
4. Masalah psikiatri seperti tekanan dan gangguan perasaan.
5. Lemah daya ingatan.
6. Peningkatan risiko kematian.
7. Masalah dengan pasangan.
8. Kegemukan
    - kegemukan sebenarnya mempunyai hubungan menarik dengan masalah kurang tidur kerana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan dengan menimbulkan rasa lapar serta memberi kesan kepada tahap metabolism. Manakala, pertambahan berat badan pula boleh menyebabkan apnea yang menjadi punca hutang tidur.

Tip-tip sebelum tidur

Beberapa aspek perlu diberi perhatian untuk mendapat tidur yang nyaman dan nyenyak. Antaranya termasuk:

-  Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan bangun hendaklah sama setiap hari, termasuk hari minggu).
-  Tidur bila rasa mengantuk.
-  Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
-  Jangan mengambil makanan yang terlalu berat atau banyak ketika makan malam. Juga, elakkan makan terlalu lewat malam. Sistem penghadaman akan terganggu dan menimbul rasa tidak selesa. Anda juga akan mudah terjaga pada waktu tengah malam.
-  Elakkan makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan akibat pedih ulu hati.
-  Sebaiknya, jangan makan makanan berprotein tinggi sebelum waktu tidur kerana ia sukar dihadam. Ia juga mengandungi asid amino yang meningkatkan aktiviti otak.
-  Terlalu banyak makan makanan berlemak bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah ia juga boleh menyebabkan ganguan kitaran tidur anda.
-  Makanan berkarbohidrat yang mengandungi gula yang tinggi juga boleh membuatkan anda tidak rasa mengantuk.
-  Cuba elakkan makanan atau minuman berkafein boleh menjejaskan tidur anda. Kafein bertindak mengaktifkan sistem saraf. Selain the dan kopi, minuman berkarbonat, coklat dan ubat tahan sakit juga mengandungi kafein.
-  Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membuatkan tidur anda selesa. Makanan-makanan tersebut terdiri daripada produk tenusu, produk berasaakan kacang soya, makanan laut, kekacang dan lain-lain.

Tidur Menurut Islam

“Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur.” – Surah al-Qasas ayat 73.

Malam hari adalah waktu terbaik unutk tidur. Ini adalah fitrah kejadian manuasia. Menurut pendapat ulama dan pakar perubatan, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang aal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam.

Rasulullah SAW menggesa umatnya untuk membaca dan merenungkan ayat-ayat al-Quran, iaitu ayat Kursi dan tiga surah terakhir daripada al-Quran sebelum tidur. Tidur sebenarnya mempunyai adabnya yang berlandaskan ajaran Islam, antaranya adalah:

1. Jangan dilewatkan tidur selepas waktu Isyak melainkan ada hal penting seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak.

2. Berwuduk sebelum tidur. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “JIka kamu mendatangi tempat tidurmu, maka berwuduklah sebagaimanan wuduk untuk solat.”

3. Mulakan tidur atau abring atas rusuk kanan sebagaimana sabda Nabi SAW kepada al-Barra’: “Mulakanlah tidur kamu di atas rusuk kanan.”

4. Jangan tidur dengan cara meniarap atau menekan perut. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.”

5. Amalkan membaca doa-doa tidur sebelum dan sesudah bangun daripada tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

-Aniqah 2010: Hutang Tidur-