Thursday, May 18, 2017

Tips Penjagaan Mata


Tip Penjagaan Kesihatan Mata (Visual Hygiene)
.

Mata merupakan organ anugerah tuhan yang sangat berharga, oleh itu kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. Untuk memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan, kita perlu menitikberatkan soal kesihatan mata dan menjaga keseluruhan fungsi penglihatan. Kita perlu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala untuk memastikan fungsi penglihatan adalah baik.
Tip-tip penjagaan kesihatan mata
.

A) Ketika membaca

Jarak membaca
Pastikan membaca pada jarak antara 30 hingga 40cm dari buku ke mata. Jarak yang terlalu dekat akan menyebabkan otot-otot mata menegang untuk memfokus. Hal ini boleh mengakibatkan sakit kepala.
.

Posisi badan ketika membaca
Posisi badan hendaklah sentiasa tegak. Jangan membaca sambil berbaring. Hal ini akan menyebabkan otot-otot mata terpaksa bekerja lebih untuk menfokus pada bahan bacaan. Mata akan menjadi cepat letih dan tidak dapat bertahan lama untuk membaca.
Elakkan membaca sambil berbaring

Elakkan membaca ketika dalam kenderaan bergerak
Membaca ketika berada di dalam kenderaan bergerak serta keadaan jalan yang bengkang-bengkok dan berbonggol boleh menyebabkan sakit kepala dan mabuk. Hal ini kerana keupayaan mata untuk memfokus menjadi tidak stabil ketika membaca.
Membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

B) Pencahayaan
.

Cahaya yang mencukupi amat penting ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.

C) Makanan untuk mata
.
Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan mata dan dapat mencegah daripada penyakit mata. Pastikan makanan seharian yang anda ambil sedikit sebanyak dapat memberi nutrisi penting bagi mengekalkan kesihatan mata. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C – susu, sayur (terutama lobak dan brokoli) dan buah-buahan (terutama aprikot dan anggur) dan sebagainya.

P.S : InsyaAllah jika anda ikhtiar dengan produk I-drop, i-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hidapi.

Jangan risau kerana tidak terdapat sebarang bahan kimia dalam I-drop.

Mohon sebarkan maklumat ini agar lebih ramai mendapatkan manfaat produk ini.